Home / Sukan

Sukan

Berita sukan

Kontrak Diperbaharui, SIC Anjur MotoGP Sehingga 2021

Kejohanan MotoGP Dunia FIM akan dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang sehingga 2021, selepas Sepang International Circuit (SIC) memperbaharui kontraknya dengan pemegang hak, Dorna Sports, semalam. SIC disahkan bakal menganjurkan perlumbaan itu di Litar Antarabangsa Sepang untuk 5 tahun akan datang, iaitu pusingan ke-17 daripada 18 pusingan kejohanan dunia itu. Kontrak …

Read More »

Jualan Tiket, Tontonan TV Merosot, Malaysia Mungkin Henti Anjur F1

Malaysia mempertimbangkan untuk menghentikan penganjuran perlumbaan Grand Prix Formula 1 (F1) selepas tamat kontrak pada 2018, disebabkan kemerosotan jualan tiket dan tontonan televisyen. Semalam, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berkata, tidak ada keputusan akan dibuat mengenai penganjuran F1 dalam minggu ini. Sebaliknya, hanya pembaharuan lesen lumba motosikal (MotoGP) yang bakal tamat …

Read More »

TMJ Mungkin Akan Buat Pusingan U?

Tunku Ismail Sultan Ibrahim kelihatan akan membuat pusingan U terhadap keputusannya untuk tidak bertanding merebut kerusi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila kongres luar biasanya berlangsung awal tahun depan. Tunku Mahkota Johor (TMJ) sebelum ini berkata tidak mahu menggantikan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang akan melepaskan jawatannya, namun pemilik …

Read More »

Sambut atlet paralimpik jangan hangat tahi ayam

Walaupun sekadar mendapat 30% elaun berbanding atlet Olimpik normal, atlet paralimpik negara tidak hanya memberi 30% usaha untuk mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Sebaliknya, mereka mencurahkan 100% kudrat sehingga berjaya menghadiahkan pingat emas kepada Malaysia untuk mengakhiri kemarau emas negara sejak 1956. Bukan satu, tetapi 3 pingat emas disumbangkan …

Read More »

Nasib Malang Insentif Atlet Paralimpik Singapura Dipotong

Barang kali atlet paralimpik Malaysia boleh dianggap paling bertuah di peringkat antarabangsa berbanding rakan senasib di seluruh dunia waima negara maju sendiri apabila kejayaan mereka lebih dihargai pelbagai pihak. Bayangkan sejak 2013 apabila Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-13, beliau mengarahkan …

Read More »

Malaysia Tawar Insentif Paralimpik Tertinggi Di Dunia

Malaysia menjadi negara yang menawarkan insentif paling tinggi di dunia iaitu sebanyak RM1 juta untuk atlet yang berjaya menggondol pingat emas dalam Sukan Paralimpik berbanding negara-negara lain. Walaupun Singapura menjadi negara paling mewah di dunia menghadiahkan wang tunai kepada pemenang pingat emas Olimpiknya iaitu sebanyak RM3.03 juta, namun negara tersebut …

Read More »

Perkara Yang Dah Lama Peminat Bola Tahu : Main Tak Pakai Otak

Kualiti pemain bola sepak tempatan masih jauh ketinggalan, kata Tan Sri Prof Khoo Kay Kim, yang membidas pihak pengurusan gagal memberikan persediaan kepada pemain sehingga mereka beraksi di padang seolah-olah mereka tidak menggunakan otak. “Pemain kita main tak pakai otak, mereka main macam robot, hantar bola tak betul, tendang tak …

Read More »

FAM usah buang masa hukum pembocor rahsia!

Pengkritik sukan membidas tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bercakaran sesama sendiri, susulan penyerahan pendrive mengandungi bukti ketirisan badan induk bola sepak itu oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada Menteri Belia dan Sukan. Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim berkata, usaha FAM mengambil tindakan terhadap …

Read More »

Rezeki Pingat Perak : Pandelela terima habuan bernilai RM1.3Juta

RATU terjun negara, Pandelela Rinong menerima habuan berjumlah RM1.3 juta daripada pihak swasta dan Kerajaan Sarawak atas‎ pencapaian pingat perak pada Sukan Olimpik Rio 2016, bulan lepas. Anak kelahiran Sarawak itu dihadiahkan sebuah kondominium berharga RM700,000 oleh sebuah syarikat swasta di samping insentif RM500,000 oleh Kerajaan Sarawak dan RM100,000 daripada …

Read More »

KJ Serah Pendrive TMJ Isu Korup FAM Kepada SPRM Hari Ini?

Sebagaimana dijanjikan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sendiri akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika ada unsur penyelewengan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Ia susulan daripada maklumat terkandung dalam ‘pendrive’ atau pemacu pen diserahkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim …

Read More »