Home / Politik / Pakatan Harapan / Perak Tak Kecoh Pun Exco Pulang Kereta Rasmi

Perak Tak Kecoh Pun Exco Pulang Kereta Rasmi

Ketika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali ‘heboh’ buat gimik publisiti pulangkan kereta rasminya ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), lain pula halnya di Perak.

Jauh berbeza aksi Timbalan Presiden PKR itu yang siap bergambar tersenyum dalam acara khas dan disebarkan menerusi media sosial konon beliau kini bertaraf kerajaan sementara, kerajaan Perak ada cara unik tersendiri.

Semua anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Exco dilaporkan telah mengembalikan kereta rasmi mereka tanpa ‘bikin kecoh’ sebaik sahaja DUN Perak dibubarkan Sultan Dr. Nazrin Shah di Kuala Kangsar pada Isnin lalu.

Media tempatan melaporkan menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, pihaknya sebagai sekretariat pentadbiran rasmi kerajaan negeri telahpun menerima kesemua kereta daripada Exco terbabit.

Namun beliau dalam nada merendah diri menjelaskan bahawa pihak pejabat setiausaha kerajaan memutuskan untuk tidak mahu menghebohkan perkara tersebut kerana ia hanya melibatkan aspek pentadbiran secara formal.

“Tak adalah kita hendak masuk (disiarkan) dalam media sebab kita terima pun sebagai pentadbiran sahaja dan kita letak di bawah bangunan SUK… kalau nak tengok, boleh tengok di bawahlah,” kata Abdul Puhat kepada pemberita.

Terdahulu beliau menghadiri majlis penyerahan Projek Naik Taraf Trek Larian dan Pemasangan Kerusi Stadium Perak, di Ipoh semalam yang menelan belanja sekitar RM18.5 juta, dan siap sepenuhnya sebelum 30 Mac lepas.

Abdul Puhat seterusnya menambah, walaupun DUN telah dibubarkan, di bawah kerajaan sementara atau caretaker government, Menteri Besar masih lagi berkuasa dalam menjalankan segara urusan rasmi pentadbiran seperti biasa.

Bagaimanapun ia bukan dalam konteks meluluskan perkara-perkara baharu. Begitu juga barisan Exco kerajaan negeri, mereka boleh terus menghadiri program yang telah disusun.

Sumber: Mynewshub

About tok anjang

Check Also

Undi Logo ‘Mata’ Ibarat Menang Sorak, Kampung Tergadai

Masyarakat Melayu perlu berhati-hati dalam membuat pertimbangan bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana gabungan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *