Home / Politik / Pakatan Harapan / Raih Lebih Undi Melayu, Hajat Tertinggi DAP?

Raih Lebih Undi Melayu, Hajat Tertinggi DAP?

Di sebalik sandiwara terkini Gabungan Pembangkang PKR berhubung penggunaan logo tunggal untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), orang Melayu dinasihatkan agar lebih berjaga-jaga kerana jika silap memangkah, undi berkenaan bakal memberikan kelebihan kepada ‘bos besar’ bagi memperkukuhkan penguasaan mereka di kawasan-kawasan berstatus ‘menang tipis’.

Hal ini kerana, DAP yang kononnya berada dalam keadaan sukar tidak dapat menggunakan logo roket dalam mendepani pilihan raya kali ini tetap akan mendapat kelebihan berbanding parti komponen yang lain terutama apabila melibatkan undi Melayu.

Walaupun kini Pengerusi parti roket itu, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng rancak dikritik oleh para ahli terutama golongan veteran, adalah mustahil bagi duo anak-beranak itu tidak mempersiapkan diri dengan pelan B.

Sehubungan itu, tidak hairanlah kepemimpinan DAP dilihat mula menyusun gerak kerja untuk menenangkan semua penyokong tetapnya melalui himpunan di seluruh negara bagi menerangkan keputusan parti itu ‘merehatkan’ logo yang digunakan sejak tahun 1969.

Bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat menyifatkan bahawa keputusan yang dibuat oleh Kit Siang dan Guan Eng itu sebagai tuah yang berpihak kepada mereka untuk menipu orang Melayu menggunakan topeng PKR.

Katanya, calon DAP akan tetap kekal dengan ideologi dan perjuangan berteraskan perkauman walaupun menyarung baju mewakili parti Melayu atau pelbagai bangsa.

“Mereka pun sedar bahawa orang Melayu tidak akan undi logo roket berikutan terlalu banyak isu perkauman yang mereka timbulkan. Orang Melayu perlu kekalkan perpaduan dan menolak calon-calon DAP kerana hanya itu sahaja yang boleh menggagalkan usaha DAP.

“Hal itu juga membuatkan DAP sedar bahawa mereka perlu berada di tengah-tengah dan perlu bersetuju dengan cadangan Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana ia akhirnya akan membantu untuk mendapatkan sokongan Melayu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Guang Eng seperti dipetik melalui laporan portal propembangkang, Free Malaysia Today (FMT) berkata, himpunan pertama bakal diadakan pada Isnin depan di Petaling Jaya, Selangor.

Tambah Setiausaha Agung DAP itu lagi, ia turut dirancang bakal diadakan di Pulau Pinang.

– UTUSAN ONLINE

About tok anjang

Check Also

Undi Logo ‘Mata’ Ibarat Menang Sorak, Kampung Tergadai

Masyarakat Melayu perlu berhati-hati dalam membuat pertimbangan bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana gabungan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *