Home / Ekonomi / Malaysia Tidak Akan Bankrap: Sektor Pemborongan Dan Peruncitan Melonjak

Malaysia Tidak Akan Bankrap: Sektor Pemborongan Dan Peruncitan Melonjak

Sektor pemborongan dan peruncitan menyumbang RM201.9 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) pada 2017, meningkat daripada RM181.9 bilion pada 2016.

Keyakinan pengguna di Malaysia berada di tempat ke-28 dunia, dengan 94 mata peratusan menurut Laporan Nielsen’s Global Consumer Confidence Report 2017, mewakili kenaikan daripada 84 mata peratusan pada 2016.

Sementara itu, Malaysia berada di tangga ke tiga daripada 55 negara dalam Indeks Pembangunan Runcit Global AT Kearney pada 2017, demikian menurut laporan Program Transformasi Negara (NTP) yang dikeluarkan semalam.

Menurut laporan itu, bilangan pekerja yang digaji dalam sektor itu meningkat kepada 1.7 juta pada 2016 berbanding 1.5 juta pada 2010.

Sektor pemborongan dan peruncitan merangsang pelaburan dan memenuhi permintaan pengguna.

Sebanyak 44 Pasar Raya Hiper dan 56 Pasar Raya Besar ditubuhkan menerusi Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) itu.

Kumpulan Lulu yang berpangkalan di Abu Dhabi dilaporkan bercadang melabur RM1.27 bilion bagi pembukaan Pasar Raya Besar Lulu di seluruh Malaysia.

Sementara itu, pengendali rangkaian Pasar Raya Hiper dan Pasar Raya Besar kini akan membuka kedai format kecil selaras dengan perubahan arah aliran runcit semasa.

Giant membuka lapan cawangan G Ekspres di Lembah Klang, manakala Tesco membuka sembilan peruncit Tesco Xpress.

Dalam memperkasakan peruncit bersaiz kecil dan sederhana, sebanyak 2,367 kedai sudah ditransformasikan di Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR), manakala sebanyak 864 bengkel terbabit dalam program Pemodenan Bengkel Automotif (ATOM).

Keyakinan peserta dalam perniagaan meningkat, yang mana pada 2017, seramai 25 peserta TUKAR dan 20 peserta ATOM layak menerima pinjaman bagi mengembangkan perniagaan mereka.

BH

About tok anjang

Check Also

“Jangan Mansuh GST, Ia Lebih Bagus Berbanding SST,” Kata IDEAS

Malaysia menyertai 160 negara yang mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), dan itupun pada kadar …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *