Home / Politik / Barisan Nasional / Sentimen Melayu Johor Pertahan ‘Negeri Umno’ Masih Menebal

Sentimen Melayu Johor Pertahan ‘Negeri Umno’ Masih Menebal

Di sebalik keyakinan pembangakang memecahkan kubu kuat Umno di Johor, negeri kelahiran parti Melayu itu, seorang penganalisis politik berkata peluang Barisan Nasional (BN) untuk kekal berkuasa di Johor masih cerah kerana sentimen pengundi Melayu untuk mempertahankan Umno masih menebal.

Datuk Dr Ismail Sualman, seorang ahli Majlis Profesor Negara (MPN), turut membayangkan yang faktor calon berwibawa di kalangan pembangkang juga mungkin gagal memberi kejayaan di Johor.

Menurutnya, pengundi Melayu melihat kepada parti dan bukan calon ketika mengundi, dan ini memastikan Johor sentiasa kekal menjadi kubu Umno.

“Sentimen di Johor lain,” katanya mengulas sama ada berlaku perubahan sentimen Melayu di Johor, susulan penubuhan parti serpihan Umno, PPBM.

“Mereka tidak kisah siapa yang akan bertanding tetapi akan melihat parti yang ingin dipertahankan. Sentimen Umno cukup tinggi dari segi pembentukan Umno dengan semangat permuafakatan Johor,” katanya kepada FMT.

Sebelum ini, Wan Saiful Wan Jan dari Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) berkata kajian pihaknya mendapati PPBM mempunyai peluang bertanding di Johor yang sekian lama dianggap kubu kuat Umno, jika parti itu diberikan kerusi campuran.

Beliau berkata, kebergantungan Pakatan Harapan (PH) kepada PPBM untuk memenangi kerusi majoriti Melayu menyebabkan parti itu dalam dilema.

Bagaimanapun, Saiful bersetuju tidak mungkin wujud perubahan besar dalam sokongan pengundi Melayu pada pilihan raya akan datang.

Ismail juga yakin di Johor, BN dapat mengekalkan kerusi Parlimen yang dimenanginya pada PRU lepas, malah merampas kembali kerusi Parlimen yang mereka kalah.

Satu faktor kemenangan ini akan berlaku adalah pertandingan 3 penjuru di Johor, yang bakal menyaksikan BN, PH dan calon ketiga dalam sesuatu kawasan, terutama di kerusi majoriti Melayu..

Bagi Ismail, ia memberikan “bonus” dan laluan mudah kepada BN.

Ismail juga yakin kerusi Gelang Patah yang dirampas veteran DAP Lim Kit Siang selepas mengalahkan menteri besar Johor ketika itu, Datuk Abdul Ghani Othman, turut boleh berpindah milik kembalik kepada Umno.

“Kemenangan DAP disokong oleh PAS dan PKR ketika itu. Kali ini kemungkinan 3 penjuru dan ini beri laluan lebih mudah untuk BN. Sokongan pengundi DAP di Gelang Patah akan berkurangan jika PAS meletakkan calon di kawasan itu,” katanya.

BN menguasai 21 daripada 26 kerusi Parlimen di Johor, manakala DAP memperoleh 4 kerusi Parlimen daripada 6 kerusi yang ditandinginya. PKR memperoleh satu kawasan Parlimen daripada 12 kawasan bertanding.

Paloh yang dimenang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika memimpin Umno, kini menjadi kerusi PPBM.

Ismail berpandangan PPBM masih belum kuat untuk menarik sokongan pengundi Melayu di Johor.

Menurutnya, tindakan PPBM yang bertanding lebih banyak kerusi dalam kalangan PH juga boleh menyebabkan perpecahan dalam kalangan parti-parti PH

“PPBM anak bongsu dalam gabungan itu. Tetapi meminta kerusi banyak. Ini timbulkan kemarahan dalam kalangan ahli PKR, dan DAP.

“Apabila PPBM ingin lebih daripada lain, ini akan menyebabkan penolakan daripada menyokong PH dan akan berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil seperti akan bertanding sebagai calon Bebas,” katanya.

PPBM akan bertanding 18 kerusi negeri, manakala DAP 14, dan Amanah serta PKR masing-masing 12 kerusi daripada 56 kerusi negeri di Johor.

About tok anjang

Check Also

Kerana Berebut Kuasa, Rakyat Terabai

Perkembangan semasa politik di Selangor menyaksikan sikap sebenar pemimpin pembangkang yang pada hakikatnya tidak akan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *