Home / Politik / Pakatan Harapan / Rafizi Dipenjara 30 Bulan: Salah Tetap Salah, Penjenayah Bukan Hero

Rafizi Dipenjara 30 Bulan: Salah Tetap Salah, Penjenayah Bukan Hero

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli semalam memuatnaik sebuah video selepas Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan kepadanya berikutan didapati bersalah mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank milik National Feedlot Corporation (NFC) pada 2012.

Rafizi dalam nada sedih menyatakan beliau tidak sedikit pun berasa menyesal dan beranggap tindakannya enam tahun lalu adalah satu bentuk perjuangan menentang amalan rasuah.

“Sudah enam tahun berlalu dan ramai antara anda sudahpun melupakannya. Seperti kehidupan – ianya perlu diteruskan.

“Tetapi seperti setiap skandal rasuah, sesetengah orang tidak dapat meneruskan hidup. Beberapa orang tersangkut dengan akibatnya. Mereka ini menanggung beban besar sementara rasuah dibiarkan berlaku.

“Kontranya untuk semua orang lihat – saya tidak mengambil satu sen pun wang rakyat, tetapi saya dan kerani bank yang terpaksa meluangkan masa berjam-jam di kandang saksi.

“Tiada seorang pun mereka yang terlibat dalam skandal dibicarakan. Malah, Johari (kerani bank) dan saya sahaja yang dibicarakan,” kata Rafizi dalam nada kecewa.

Ucapan oleh Rafizi memperlihatkan beliau seolah-olah cuba untuk memutarbelit fakta dan bermain dengan emosi, namun adakah beliau layak mendapatkan simpati?

Undang-undang tetap undang-undang dan tiada siapa yang lebih tinggi daripadanya, termasuk Rafizi, kata penganalisis politik, Lim Sian See (LSS).

Ujarnya, undang-undang Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 (BAFIA) amat jelas melarang mana-mana individu mendedahkan butiran peribadi akaun bank pihak lain dan ianya juga diketahui oleh Rafizi.

“Menggunakan kenyataan bank NFC Corp pada 7 Mc 2012, Rafizi membuat tuduhan jelas bahawa NFC Corp telah menyalahgunakan pinjaman mudah RM250 juta untuk membeli kondominum mewah daripada menternak lembu.

“Walaubagaimanapun, syarikat NFC menafikannya dan menyaman Rafizi kerana memfitnah – kes dimana NFC menang di mahkamah tinggi. Rafizi kemudiannya membayar ganti rugi RM300,000 kepada NFC,” kata LSS.

Tambahnya, Rafizi bukanlah pencetus kepada isu NFC berikutan masalah kelewatan projek NFC sudah disedari kerajaan menerusi Laporan Ketua Audit Negara yang kemudiannya diteliti oleh Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC).

“Rafizi bukanlah “hero” yang mendedahkan NFC jadi apa sebab beliau layak diberikan “simpati” dan berlagak hero?

“Anda mesti ingat bahawa tidak seperti laporan melampau mahal RM305 juta bagi Terowong Pulau Pinang, RM250 juta yang diluluskan dibawah Kementerian Pertanian Muhyiddin Yassin adalah pinjaman mudah berserta faedah yang perlu dibayar NFC.

“Ya, projek tersebut berdepan masalah pelaksanaan – antaranya berikutan kelewatan kerajaan membina pusat penyembelihan termasuk jalan yang baik menghubungkan ladang berkenaan, tetapi pada akhirnya, NFC tetap juga perlu membayarnya.”

Kata LSS lagi, menggunakan popularitinya sebagai ahli parlimen, Rafizi juga telah mengutip jutaan ringgit daripada rakyat untuk membayar yang apabila diselidik rupanya dimasukkan ke dalam akaun peribadi Ahli Parlimen Pandan itu sendiri.

“Berbanding dakwaannya bahawa beliau tidak mengambil satu sen pun dari rakyat, beliau memperoleh kemasyhuran dan kekayaan hasil “pendedahan” NFC.

“Perlukah kita simpati kepada Rafizi yang “tidak dapat apa-apa” apabila beliau secara sedar melanggar undang-undang?” soalnya lagi.

About tok anjang

Check Also

Kerana Berebut Kuasa, Rakyat Terabai

Perkembangan semasa politik di Selangor menyaksikan sikap sebenar pemimpin pembangkang yang pada hakikatnya tidak akan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *