Home / Politik / Pakatan Harapan / Kepada Macai Dan Kiasu: Undang-Undang Anti Berita Palsu, Kalau Tak Salah Kenapa Perlu Takut?

Kepada Macai Dan Kiasu: Undang-Undang Anti Berita Palsu, Kalau Tak Salah Kenapa Perlu Takut?

Pembangkang diminta untuk berfikiran lebih luas dan tidak hanya memikirkan segala undang-undang yang digubal kerajaan untuk menindas gerakan politik mereka dalam negara.

Bekas pengarang eksekutif Malay Mail, Datuk Ahirudin Attan berkata, berita palsu adalah ancaman dunia dan langkah kerajaan untuk menggubal undang-undang membanteras gejala tersebut amat berpatutan dalam dunia serba moden sekarang.

“Sesetengah ahli politik pembangkang menuduh kerajaan ingin menggunakan undang-undang baru menentang berita palsu untuk menutup elemen anti kerajaan atau musuh politik mereka

“Sesetengah ahli politik pembangkang ini bodoh. Tak perlu suruh saya cakap pun saya akan bagi tahu,” katanya dipetik blognya, Rocky Bru, baru-baru ini.

Katanya, kerajaan United Kingdom sudah mengumumkan untuk menubuhkan sebuah unit kerajaan membanteras berita palsu sementara Presiden Amerika Syarikat, Donald J Trump melihat ancaman berita palsu bukan sahaja di media sosial tetapi juga di media arus perdana.

Ditambah lagi negara jiran Singapura pula sudah memulakan langkah memerangi berita palsu menunjukkan bahawa ancaman ini bukan sahaja wujud di Malaysia.

“Di Malaysia, kita memang pakar dalam memalsukan perkara. Jangan letakkan kesalahan ke atas cyber troopers parti pemerintah semata-mata, propaganda jentera pembangkang mempunyai pengalaman lebih luas dalam bidang ini.

“Apa pun, undang-undang anti berita palsu tidak perlu digunakan untuk kepentingan kerajaan pemerintah atau pembangkang; ianya perlu digunakan untuk melindungi rakyat Malaysia daripada kepalsuan dan separa benar,” katanya lagi.

Senada dengan Ahirudin, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Salleh Said Keruak juga menggesa pembangkang tidak berfikiran sempit dengan mengdakwa undang-undang membanteras berita palsu akan menghapuskan kebebasan bersuara.

“Malah dunia barat sudah mula untuk menyemak kembali kebebasa bersuara dan kini menganggap nyahmaklumat dan berita palsu bukanlah kebebasan bersuara tetapi ancaman kepada demokrasi.

“Britain, penggerak utama kepada demokrasi dan kebebasan bersuara berpendat bahawa masyarakat sudah menyalahgunakan kebebasan bersara dan kini bercadang menubuhkan undang-undang membanteras masalah ini,” katanya.

Katanya, demokrasi dan kebebasan bersuara sebenar perlu dilindungi agar tidak dicemari dengan penyebaran berita palsu.

“Dan undang-undang anti berita palsu baharu ini akan diaplikasikan kepada semua pihak dan bukan sekadar kepada politik sahaja. Jika apa yang disebarkan bukan berita palsu jadi kenapa perlu risau? Undang-undang digubal untuk melindungi mangsa berita palsu yang juga wajar diberikan keadilan,” katanya lagi.

– mD

About tok anjang

Check Also

Kerana Berebut Kuasa, Rakyat Terabai

Perkembangan semasa politik di Selangor menyaksikan sikap sebenar pemimpin pembangkang yang pada hakikatnya tidak akan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *