Home / Ekonomi / Antarabangsa / Ada Pihak Tak Puas Hati Kejayaan Battersea Power Station Milik PNB Dan KWSP?

Ada Pihak Tak Puas Hati Kejayaan Battersea Power Station Milik PNB Dan KWSP?

Nilai tanah terbiar tidak boleh dibandingkan dengan nilai projek hartanah yang dimajukan dan mendapat sambutan baik, kata Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Justeru, katanya, rujukan bahawa harga projek Battersea Power Station (BPS) kini 1,000 kali ganda lebih mahal daripada harga asal adalah berniat tidak baik.

Beliau percaya, kesangsian ini disebarkan pihak di United Kingdom yang tidak berpuas hati dengan kejayaan projek pembangunan semula yang dilaksana konsortium Malaysia membabitkan Sime Darby Property, SP Setia dan KWSP.

Katanya, fasa satu kediaman sudah siap dengan keuntungan diperoleh agak besar manakala bangunan komersial utama BPS, termasuk pusat beli-belah dan ruang pejabat, akan diduduki Apple yang menyewa kawasan seluas 500,000 kaki persegi.

“KWSP dan PNB akan membeli bangunan itu apabila ia siap dan diduduki dengan pulangan sewa yang baik.

“Ada pihak lain yang mahu membeli bangunan ikon ini daripada konsortium pemaju tetapi kami mahukannya sebagai pelaburan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menjawab dakwaan pihak tertentu yang mempersoalkan rancangan pembelian aset komersial Fasa 2 projek BPS bernilai 1.608 bilion pound (RM8.76 bilion).

KWSP dan PNB, dalam kenyataan bersama semalam, memaklumkan rancangan pembelian adalah berdasarkan pertimbangan pelaburan yang tulen.

KWSP dan PNB juga mengesahkan kedua-dua pihak sudah memeterai Terma Utama (HoT) bersama Battersea Phase 2 Holding Company Limited bagi memulakan rundingan awal membeli aset komersial Fasa 2 projek pembangunan BPS.

Abdul Wahid berkata, rancangan pembelian projek itu dibuat bersandarkan pertimbangan pelaburan tulen yang dimulakan Lembaga Pengarah dan Pengurusan BPS, PNB dan KWSP.

“Tiada campur tangan atau arahan daripada Kementerian Kewangan (MOF). Kita di PNB dan KWSP sentiasa memegang amanah pelabur dan pencarum yang juga rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau menjelaskan, kawasan sekitar BPS giat membangun dan akan menjadikan lokasi popular di London pada masa depan.

“Kedutaan Amerika baru saja berpindah ke kawasan kejiranan Nine Elms bersebelahan. Perkhidmatan teksi air Thames juga sudah memulakan operasinya.

“Jajaran tren Northern Line sedang dalam pembinaan. Stesen bawah tanah Battersea berada di zon satu,” katanya.

About tok anjang

Check Also

SIP Lindungi Pencarum Hilang Kerja

Pekerja aset penting yang menjadi tulang belakang dalam pembangunan negara. Menyedari hal ini, kerajaan mengambil …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *