Home / Ekonomi / 8 Bulan Kena “Gadai” Kepada China, Apa Dah Jadi Dengan Proton Sekarang?

8 Bulan Kena “Gadai” Kepada China, Apa Dah Jadi Dengan Proton Sekarang?

24 Mei 2017 adalah tarikh keramat bagi Proton berikutan telah mengambil langkah drastik menjalankan kerjasama strategik dengan syarikat automotif dari China, Geely Automobile (Geely).

Pemeteraian perjanjian berkenaan menyaksikan Geely membeli 49.9% saham Proton yang dimiliki oleh DRB-Hicom disamping mendapat pegangan penuh anak syarikat Proton yang juga pengeluar kenderaan prestasi, Lotus Cars.

8 bulan sudah berlalu, dan Geely masih bersama Proton menstrukturi organisasi syarikat secara keseluruhan dan nampaknya kerjasama strategik ini sudah membuahkan hasil.

Semakan penganalisis politik/blogger, Lim Sian See (LSS) mendapati saham Proton buat pertama kalinya meningkat tiga kali ganda selepas mengalami trend penurunan sepanjang lima tahun.

“Anda boleh lihat betapa seriusnya masalah saham DRB-Hicom semenjak lima tahun lalu. Kebimbangan pelabur menjadikan saham jatuh kepada 80 sen pada Mei 2017.

“Selepas Proton mengumumkan JV (kerjasama) dan penjualan 49% saham kepada Geely pada Mei 2017, pelabur kembali yakin.

“Saham DRB-Hicom telah melonjak tiga kali ganda ditutup pada RM2.58 semalam (26 Jan 2018) semenjak pengumuman (kerjasama dengan Geely),” katanya dipetik kenyataan.

Ujarnya, berita baik ini nyata memberi kesenangan kepada Proton yang mengalami kerugian berbilion ringgit setiap tahun semenjak DRB-Hicom mengambil alih pengurusan Proton pada 2012.

Kata LSS, Proton boleh menarik nafas lega setelah sekian lama berdepan tekanan yang memungkinkan DRB-Hicom memecat 60,000 kakitangan Proton dan 60,000 lagi vendor pembekal peralatan kenderaan Proton.

“Pada masa itu, pembekal mereka merungut bahawa mereka tidak akan mendapat bayaran oleh Proton”.

Tambahnya, sekiranya perkara dibiarkan berlanjutan maka DRB-Hicom akan berdepan kesukaran untuk melunaskan pinjaman bank lantas memburukkan lagi situasi Proton.

Kini, Proton berdepan pula cabaran baru untuk mengeluarkan model baharu daripada segmen yang belum pernah diceburi mereka.

Syarikat automotif nasional itu bakal melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) pertamanya seawal hujung tahun ini berdasarkan model keluaran Geely, Boyue.

Berdasarkan ‘track record’ Geely memulihkan kegawatan Volvo sebelum ini, tidak mustahil Proton juga akan menerima berita sama.

Sama-sama kita nantikan kemunculan model Proton baharu.

About tok anjang

Check Also

SIP Lindungi Pencarum Hilang Kerja

Pekerja aset penting yang menjadi tulang belakang dalam pembangunan negara. Menyedari hal ini, kerajaan mengambil …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *