Home / Politik / Pakatan Harapan / Mahathir Kini De Facto Pakatan Harapan?

Mahathir Kini De Facto Pakatan Harapan?

Adakah mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengambil alih status pemimpin De Facto pakatan pembangkang daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Ia berikutan kenyataan terbaru Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu seolah-olah iktiraf Mahathir yang baru menyertai Pakatan Harapan tahun lalu sebagai individu berjaya dapat keyakinan rakyat kepada pembangkang.

Beliau malah mendakwa, rakyat sebelum ini keliru dengan pakatan pembangkang kerana mempunyai ramai calon Perdana Menteri termasuk Anwar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Pembangkang sebelum ini tidak pernah boleh namakan calon Perdana Menteri. Tahun 2013 ada tiga calon Perdana Menteri Haji Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) dan Anwar. Keliru tak rakyat?

“Sekarang sudah tidak keliru (selepas lantik Mahathir jadi calon Perdana Menteri). Inilah penyelesaian yang kita buat. Maka, mula timbul keyakinan rakyat,” dakwanya dalam satu ceramah anjuran Pakatan Harapan semalam.

Beliau dipercayai berkata demikian bagi menyeru seluruh ahli dan penyokong pembangkang memberi sokongan padu kepada Mahathir untuk kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7.

Semalam, anak Anwar yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bagaimanapun menegaskan bahawa Mahathir tidak akan sama sekali dapat mengawal Pakatan Harapan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu malah mendakwa bapanya yang sedang menjalani hukuman penjara masih ketua intelektual dan falsafah kepada gabungan parti pembangkang tersebut.

“Jika dia (Anwar) bukan banduan politik, dia yang akan menjadi ketua rasmi dan calon Perdana Menteri. Mahathir dan PPBM yang datang kepada kami,” tegas Nurul Izzah.

Mahathir yang diketahui memiliki dana yang besar berjaya mengangkat dirinya sebagai Pengerusi Pakatan Harapan hanya selepas beberapa bulan menyertai gabungan parti pembangkang tersebut.

Beliau seterusnya berjaya melobi pimpinan tertinggi Pakatan Harapan supaya dicalonkan sebagai Perdana Menteri jika pembangkang menang PRU Ke-14 walaupun mendapat tentangan sebahagian besar penyokong pembangkang.

Pencalonan beliau sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan sekali gus mengenepikan dan menidakkan kelayakan ramai pemimpin lain yang telah bertahun-tahun bersama pembangkang untuk memegang jawatan itu.

About tok anjang

Check Also

Kerana Berebut Kuasa, Rakyat Terabai

Perkembangan semasa politik di Selangor menyaksikan sikap sebenar pemimpin pembangkang yang pada hakikatnya tidak akan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *