Home / Politik / Pakatan Harapan / Kerajaan Pulau Pinang Adalah Kerajaan Yang Gagal

Kerajaan Pulau Pinang Adalah Kerajaan Yang Gagal

Macam-macam isu di Penang di bawah kerajaan DAP. Hanya perlu satu isu saja sebenarnya untuk menghayun sokongan dari DAP.

DAP tidak kompeten untuk urus tadbir negeri sebagai Kerajaan. Banyak projek dan program yang diperkenalkan oleh DAP sebagai kerajaan berakhir dengan kegagalan.

Polisi perumahan gagal menyediakan rumah-rumah yang mampu dimiliki oleh semua lapisan rakyat.

Kempen tanpa beg plastik tidak mengurangkan penggunaan beg plastik sebaliknya hanya menguntungkan pengilang beg plastik dan outlet perniagaan saja.

Kenaan surcaj air juga gagal mengurangkan kadar penggunaan air per kapita Pulau Pinang. Walupun PBAPP menjana lebih pendapatan tetapi PBAPP bakal merekodkan kerugian tinggi.

PDC yang dulunya sebuah perbadanan kerajaan Negeri Pulau Pinang yang kaya dengan tunai kini terpaksa meminjam wang dengan bank kerana PDC tidak lagi boleh jana pendapatan dan keuntungan melalui pembinaan rumah untuk rakyat Pulau Pinang. Ini adalah kerana tanah-tanah yang sepatutnya diberikan kepada PDC untuk dimajukan telah dijual kepada pemaju-pemaju swasta. Keuntungan yang sepatutnya dijana oleh PDC kini menjadi keuntungan kepada syarikat-syarikat pemaju hartanah swasta.

Pembangunan berleluasa dibenarkan tanpa perancangan yang jitu dan teratur. Pelan Tempatan sengaja tidak diwartakan Kerajaan Negeri. Tanpa Pelan Tempatan Jawatankuasa Perancangan Negeri bebas luluskan permohonan pembangunan mengikut budi bicara Pengerusinya saja. Tiada garis panduan yang mengekang kebebasan Pengerusi SPC melulus ikut suka hati.

“Over development” dan penerokaan lereng dan kawasan berbukit menyebabkan banjir kilat semakin kerap berlaku kerana sungai dan anak sungai semakin cetek kerana mendapan yang dibawa bersama limpahan air hujan. Hujan lebat setengah jam, sudah berlaku banjir kilat. Rakyat Pulau Pinang dah semakin phobia dengan awan hitam yang selalunya membawa hujan.

DAP juga tidak telus dengan rakyat, banyak yang disembunyikan dari pengetahuan rakyat dan berselindung di belakang Akta Rahsia Rasmi walaupun DAP perkenalkan Enakmen Kebebasan Maklumat.

Perjanjian projek terowong bawah dasar laut dan jalan utama yang Kerajaan DAP sendiri tandatangani pun DAP tidak berani dedahkan kepada rakyat walaupun berkokok pasal transparensi atau ketelusan. Belum diambil kira banyak lagi perjanjian jual beli tanah kerajaan kepada pemaju-pemaju swasta.

DAP juga tidak bertanggungjawab atau akauntabel ke atas kegagalan-kegagalan yang mereka sendiri cipta. DAP asyik nak menyalahkan kerajaan negeri terdahulu dan Kerajaan Persekutuan saja. Tidak pernah mengakui kelemahan mereka dalam mentadbir negeri, sentiasa menyalahkan pihak lain saja.

Media pun dijadikan sasaran DAP bila mendedahkan kelemahan DAP dalam urus tadbir negeri.

Pemerhati politik ramai berpendapat tidak ada bezanya Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah DAP berbanding BN. Lebih baik Kerajaan Negeri dikembalikan kepada BN, pembangunan negeri lebih mudah dan lebih banyak akan dilaksana kerana kerajaan Negeri dan kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran parti yang sama.

Oleh: Azizi Safar, Pengarah Strategik UMNO Kepala Batas

About tok anjang

Check Also

Kerana Berebut Kuasa, Rakyat Terabai

Perkembangan semasa politik di Selangor menyaksikan sikap sebenar pemimpin pembangkang yang pada hakikatnya tidak akan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *