Home / Politik / Pakatan Harapan / Azmin Ali Diam-Diam Masih Berunding Dengan PAS?

Azmin Ali Diam-Diam Masih Berunding Dengan PAS?

Bekas Setiausaha PAS Selangor, Norman Toha mendakwa berlakunya rundingan di antara PKR Selangor dengan Pas negeri ini tanpa pengetahuan pemimpin Pakatan Harapan lain.

Berita Harian melaporkan, rundingan tersebut diketuai Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan beberapa pemimpin PAS Selangor bagi membentuk kerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Berdasarkan maklumat yang saya dapat, pertemuan dengan pemimpin PAS diatur Mohamed Azmin sendiri. Dia berharap dapat membentuk persefahaman antara kedua-dua parti ini.

“Mohamed Azmin bukan jumpa semua pemimpin atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS, tetapi jumpa beberapa pemimpin utama PAS Selangor saja.

“Rundingan ini bukan antara PH dengan PAS, tetapi antara PKR dengan PAS. Ini kerana PKR berharap PAS dapat membentuk kerjasama politik untuk memenangkan blok pembangkang pada PRU-14 nanti,” katanya yang dipetik dari Berita Harian.

Norman mendakwa Menteri Besar Selangor itu secara konsisten berpendirian untuk bekerjasama dengan Pas dan mempertahankan EXCO PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri walaupun dibantah DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Beliau turut mendakwa PKR masih mengharapkan PAS untuk bersama dalam blok pembangkang kerana tidak yakin dengan kemampuan PAN yang menggantikan PAS.

Jelasnya, tindakan itu sudah tentu menambahkan lagi kemarahan PAN dan DAP.

Azmin sebelum ini dilaporkan berkata, PKR bersedia membuka pintu rundingan dengan PAS untuk membentuk kerjasama pada PRU-14, dengan menegaskan ia adalah inisiatif PKR untuk mengukuhkan blok pembangkang bagi menumbangkan Barisan Nasional.

About tok anjang

Check Also

Kerana Berebut Kuasa, Rakyat Terabai

Perkembangan semasa politik di Selangor menyaksikan sikap sebenar pemimpin pembangkang yang pada hakikatnya tidak akan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *