Home / Politik / Pakatan Harapan / Kisah Sebuah Syarikat Fesyen Bina Terowong Dasar Laut

Kisah Sebuah Syarikat Fesyen Bina Terowong Dasar Laut

PELBAGAI cara pelik dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah kepimpinan unik Ketua Menterinya, Lim Guan Eng kreatif memperdayakan rakyat negeri itu tanpa disedari sesiapa pun.

Cakap politik kedai kopi mendakwa banyak perkara tidak masuk akal dilakukan selagi mana dana wang rakyat dapat diagihkan sesama mereka yang berada dalam kepimpinan DAP. Semua akan diambil asalkan menjadi duit sendiri.

Terbaharu Voir Holdings Berhad, sebuah syarikat berkaitan penganjuran urusan fesyen sama ada lelaki, perempuan dan kanak-kanak selain terkenal menerusi pasar raya bernama Voir Gallery dengan harga berpatutan mula tular!

Jenama itu amat pakar dalam bidang fesyen tetapi satu perkara amat mengejutkan apabila syarikat tersebut terlibat secara langsung dalam pembinaan terowong dasar laut sehingga banyak menimbulkan pelbagai urusan diragukan.

Perkara ini amat memeranjatkan pelbagai pihak bagaimana penipuan yang tidak masuk akal dilakukan oleh DAP untuk ‘rompak’ wang rakyat secara terang dengan menggunakan sebuah syarikat tiada kaitan dengan pembinaan.

Persoalannya apakah kekuatan atau kredibiliti dan keupayaan sebuah syarikat fesyen untuk menjadi pemegang saham. Sedangkan pemegang saham yang lain telah menghilangkan diri. – Ke manakah perginya mereka ini?

Perkara pelik tapi benar ini sudah berlaku di Pulau Pinang, mungkin Guan Eng sedang mewujudkan imej fesyen tertentu untuk pengguna kenderaan apabila mereka terkesima masuk ke dalam terowong yang bakal dibina itu.

Ironi, semua maklum projek prasarana pembinaan mega itu langsung belum bermula, waima sudah ratusan juta ringgit dibelanjakan untuk kertas kajian kebolehlaksanaan dan kemudian melibatkan sebuah syarikat fesyen pula.

Bukan itu sahaja, paling lucu dalam isu kos cadangan dan rekabentuk terperinci pembinaan terowong bawah dasar laut tersebut didakwa Guan Eng konon lebih murah berbanding kos jalan berkembar di kawasan tanah berbukit.

Nilainya adalah satu pertiga daripada kos pembinaan sebenar. Ajaib apabila projek dasar laut pula jauh lebih murah daripada darat. Guan Eng terus tipu rakyat Pulau Pinang dan penyokong mereka asalkan dapat kaut wang rakyat.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri malahan turut mempertikaikan perkara sama menerusi kenyataan media yang telah dikeluarkan semalam:

Why is a fashion company building the Penang Tunnel?

In early 2013, amidst allegations that the Special Purpose Vehicle company awarded the mega RM6.3 billion Penang Tunnel was heavily under-capitalized and lacked experience, the DAP Penang State Government issued a statement to reassure the public that two giant and experienced China construction companies will be shareholders of the SPV and is backed by RM4.6 billion in paid-up capital.

But today, our checks show that the two China construction companies are nowhere to be seen as shareholders of the SPV.

In their place is a small local fashion company called by VOIR Holdings while 39% of the shares of the SPV are held under nominees. Did the DAP Penang Government lie to the public and did a “bait and switch”?

Does this very material change in ownership and experience means that the project award made under the Request for Proposal exercise (not open tender) is now null and void?

The DAP Penang Government must answer as the Penang people have a right to know why their mega-billions undersea tunnel will now be built with the participation of a small local fashion company instead of two experienced and well-funded construction companies as originally promised.

Nampaknya makin parah kes songlap wang rakyat. Selain kisah lazim kebas tanah rakyat marhaen dan seleweng dana termasuk projek tebatan banjir daripada Pusat, DAP juga halang bina banyak rumah murah oleh agensi pusat.

Kejahatan DAP ini hanya sedikit tertutup dek kejayaan Pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad cuba alih tumpuan rakyat kepada pelbagai isu bodoh ciptaannya termasuk konon tol lebuh raya Malaysia termurah di dunia.

Mahathir, 93, yang lari dari satu isu kepada isu lain kerana isunya hanyalah permainan persepsi jahat dan rekaan, kini dijangka perlu mencipta isu panas lain pula demi menutup penyelewengan DAP dan Guan Eng di Pulau Pinang.

Namun kantoi apabila terbongkar nama syarikat pembina terowong itu yang tidak pernah siap dibina dan belum bermula, melakar sejarah kerana kos laporan yang mahal iaitu kertas kosong A4 bernilai RM302 juta pun tidak ada.

Malah didapati nama pemaju pun sudah bertukar kepada nama syarikat fesyen pakaian pula. Penyokong DAP dan Mahathir yang terkenal sinis jika ada isu melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak atau UMNO; kini terlihat bodoh.

Tiada sedikit bunyi pun datang dari mereka. Jika mereka sering memperbodoh penyokong Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO di alam maya, kini kebodohan dan bahan gelak ketawa itu adalah untuk pihak mereka sendiri.

Ada pula syarikat kilang buat baju menjadi syarikat pembina terowong bernilai berbilion ringgit. Macam mana boleh beralih tukar secara tiba-tiba pun tiada siapa yang tahu bak kata ungkapan popular Mahahir: “Saya tidak tahu!”

Paling malu tentulah Mahathir kerana dia tidak langsung tahu apa cerita sebenarnya tetapi kerana DAP telah beri laluan untuk beliau menjadi Perdana Menteri sementara, maka Mahathir kenalah berpura-pura menjadi bodoh.

Banyak juga blog yang melaporkan hal penipuan mega ini , namun hingga kini semua netizen yang berpihak kepada DAP dan Guan Eng menikus daripada menjawab. Mungkin mereka sedar penipuan itu, cuma takut dengan DAP.

Antara paling kuat kritik DAP berhubung isu terowong mega ini ialah Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia, Mejar Datuk Huan Cheng Guan sehinggalah SPRM mula tampil bertindak balas.

Tahniah!

About tok anjang

Check Also

Kerana Berebut Kuasa, Rakyat Terabai

Perkembangan semasa politik di Selangor menyaksikan sikap sebenar pemimpin pembangkang yang pada hakikatnya tidak akan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *