Home / Politik / Pakatan Harapan / Mahathir, Anwar Dan Kit Siang: 3 ‘stooges’ Malaysia

Mahathir, Anwar Dan Kit Siang: 3 ‘stooges’ Malaysia

The Three Stooges adalah kumpulan lawak dan vaudeville yang popular di Amerika Syarikat pertengahan abad ke-20 yang terkenal dengan gaya komedi slapstick yang brutal dan ekstrim.

Ketiga-tiga mereka mempunyai perwatakan yang berbeda sekali dan suka hina menghina dan mengaibkan satu sama lain.

Moe bersikap dominan, brutal dan super ego. Moe suka mencaci-cela kedua Larry dan Curly. Dia kerap menampar dan menuding jari ke arah mata (eye-poke) kedua-dua Larry dan Curly yang akan menghalang dengan tangan (hand block) secara spontan. Kekadang kedua-dua Larry dan Curly dicederai tetapi Moe selain daripada dicaci-cela tidak pula dicederai langsung.

Dari segi ego, Moe bolehlah dikatakan mempunyai super-ego diikuti oleh Larry dan kemudiannya Curly. Moe jugalah yang paling kejam dan ganas. Di antara mereka bertiga, Curly adalah yang paling baik hati dan kerap berguling-golek di lantai akibat tindakan Moe.

Begitulah cerita ‘Three Stooges’. Yang menariknya, watak-watak ini ada persamaannya di Malaysia khususnya dalam arena politik yang semakin menghiburkan sekarang.

Dari segi ego Dr Mahathir Mohamad terkenal dengan super-egonya , Lim Kit Siang pula egoistik dan Anwar Ibrahim lebih peramah, gentleman dan baik hati orangnya.

Dari segi brutaliti, Mahathir nampaknya lebih brutal, ganas dan zalim sehinggalah beliau diberi panggilan Mahazalim. Orang yang dizaliminya ialah Lim Kit Siang yang dipenjarakan beberapa kali dan dihina dengan panggilan komunis, diktator dan anti-nasional.

Anwar pula dihina dengan tuduhan seksual, dipecat dan dipenjarakan oleh Mahathir. Dalam penjara beliau telah ditampar sehingga matanya berlebam-lebam yang menimbulkan simpati umum serta menjadi trauma negara bahawa ini boleh berlaku pada seorang pemimpin negara yang pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Kelakarnya ialah ketiga-tiga watak ini tidak menyimpan dendam walaupun dihina, dicaci dan dicederai. Inilah keistimewaan mereka. Setelah bertamparan, bergelutan dan tumbuk-menumbuk sehingga kecederaan pada nama, badan dan maruah berdekad-dekad, segala-galanya cumalah satu komedi “slapstick” semata-mata.

Kita sebagai penonton yang mengikuti siri-siri perlawakan mereka tertanya-tanya: Inikah amalan politik negara? Bukankah berpolitik itu seharusnya berlandaskan prinsip dan nilai-nilai kepimpinan dan kenegaraan. Sanggupkah kita menyandarkan pentadbiran dan masa depan negara kita kepada tiga orang pelawak ini yang mempersendakan minda, intelek dan sentimen kita?

Siapakah Moe Malaysia yang super-ego, kasar dan brutal?

Siapa kah Larry Malaysia yang tidak kurang egonya tetapi tidak dapat menandingi Moe dan terpaksa akur?

Siapa Si Bodoh berwatak Curly yang ditampar serta diri dan keluarganya diaibkan tetapi tetap “sporting” dan berpelukan dengan Moe setelah dimangsakan dan dipenjarakan sepanjang masanya?

Adakah rakyat Malaysia merasa megah dan terhibur dengan lawak jenaka politik ‘The Three Stooges’ di Malaysia tanahair yang ku cintai ini?

Ti Lian Ker adalah seorang pemerhati dan pengamal politik dan juga Ketua Biro Keharmonian Agama MCA

About tok anjang

Check Also

Undi Logo ‘Mata’ Ibarat Menang Sorak, Kampung Tergadai

Masyarakat Melayu perlu berhati-hati dalam membuat pertimbangan bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana gabungan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *