Home / Politik / Pakatan Harapan / PKR Selangor Sah Tolak Mahathir Jadi PM Ke-7?

PKR Selangor Sah Tolak Mahathir Jadi PM Ke-7?

Sudah terang lagi bersuluh bahawa cakap politik kedai kopi mengenai PKR Selangor tolak calon Perdana Menteri pilihan Pakatan Harapan (PH) iaitu Tun Mahathir Mohamad terbukti.

Terbaharu parti yang memang ditubuhkan untuk menentang rejim diktator Mahathir itu enggan menandatangani kenyataan bersama bagi menyokong pengisytiharan dibuat pada konvensyen blok pembangkang tersebut Ahad lalu.

Ini termasuk isu berhubung pelantikan Mahathir, 92, yang pernah mereka gelar sebagai Maha Firaun sebagai calon perdana menteri manakala Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hanya sebagai timbalannya.

Bahkan ramai penganalisis kritik cadangan itu kerana jika PH menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, Mahathir bakal pecah rekod Guinness sebagai ketua kerajaan paling tua di dunia selepas diktator Zimbabwe, Robert Mugabe.

Kenyataan bersama PH Selangor yang diedarkan lewat Rabu itu sebaliknya cuma ditandatangani Pengerusi PAN Selangor, Izham Hashim; Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dan Pengerusi PPBM Selangor, Abdul Rashid Asari.

Untuk rekod, Pengerusi PKR Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR dan Menteri Besar Selangor pernah disebut-sebut berminat untuk menjadi antara calon Perdana Menteri PH.

Justeru PKR Selangor sejak dari awal lagi tidak pernah bersetuju dengan pemilihan Mahathir sebagai calon perdana menteri ketujuh untuk menggantikan penyandang, Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya tawan PRU ke-14 kelak.

Susulan pengisytiharan, Ketua Wanita PKR yang juga merupakan Anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin tampil menyuarakan bantahannya secara terbuka terhadap “amalan kitar semula” pemimpin veteran tersebut.

Menegaskan beliau tiada masalah dengan Mahathir secara peribadi, beliau berpandangan bekas perdana menteri itu lebih sesuai jika dilantik sebagai “menteri kanan” jika PH berjaya menubuhkan kerajaan pusat selepas PRU ke-14.

Ketua Biro Komunikasi PKR Selangor, Hizwan Ahmad pula berkata, negara pada masa ini lebih memerlukan “tokoh segar” kononnya bagi membawa Malaysia keluar daripada “kepompong kerosakan” oleh BN yang diterajui UMNO.

Anwar yang ketika ini jalani hukuman penjara atas kesalahan liwat, dipecat daripada jawatan Kabinet dan UMNO secara zalim oleh Mahathir pada 1998 sekali gus mencetuskan gelombang Reformasi.

About tok anjang

Check Also

Undi Logo ‘Mata’ Ibarat Menang Sorak, Kampung Tergadai

Masyarakat Melayu perlu berhati-hati dalam membuat pertimbangan bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana gabungan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *