Home / Politik / Pakatan Harapan / Pandangan Penganalisis Cina: Pakatan Harapan Masih Bergelut Isu Pas

Pandangan Penganalisis Cina: Pakatan Harapan Masih Bergelut Isu Pas

MASALAH hubungan antara Pakatan Harapan dengan Pas masih gagal diatasi sehingga hari ini walaupun PRU14 sudah hampir menjelang tiba.

Pengerusi Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menegaskan pakatan pembangkang tidak akan bekerjasama dengan Pas pada PRU14, namun pada masa sama, PKR tidak pula berpendirian sedemikian, lebih-lebih lagi di Selangor.

Menurut penganalisis politik, Tan Ah Chye, Harapan perlu segera mengatasi masalah hubungan dengan Pas, jika tidak peluang untuk menang lebih banyak kerusi pada PRU kali ini akan terjejas.

“Harapan mempunyai dua pilihan, sama ada bergabung membentuk pakatan lima parti komponen, termasuk Pas ataupun kekal gabungan empat parti komponen seperti dinyatakan Mahathir,” jelas Ah Chye ketika memberitahu China Press.

Menurutnya, sekiranya Harapan masih berpendirian kurang jelas dengan Pas, situasi itu pastinya tidak menguntungkan mereka. Penyokong pembangkang tentu keliru mengenai sikap dan keputusan yang diambil oleh pucuk pimpinan parti.

“Harapan tidak boleh hanya mengadakan kerjasama dengan Pas di Selangor dan tidak di negeri-negeri lain. Ini kerana ia akan mengucar-kacirkan strategi dan perancangan pakatan pembangkang itu sendiri,” jelasnya.

Katanya, pendirian antara Mahathir dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali jelas jauh berbeza mengenai isu Pas ini.

“Kenyataan Mahathir seboleh-bolehnya ingin semua parti komponen dalam Harapan mencapai kata sepakat, iaitu tidak ingin bekerjasama dengan Pas lagi dan menyusun strategi bagaimana menghadapi pertandingan tiga penjuru pada PRU14.

“Sebaliknya, sikap yang diambil Azmin pula lebih mengutamakan bagaimana mahu terus mempertahankan tampuk pemerintahan di Selangor. Beliau masih mahu berkawan dengan Pas.

“Dalam isu bekerjasama dengan Pas, pucuk pimpinan PKR gagal mengubah pendirian Azmin. Ini jelas membuktikan beliau mempunyai sokongan dan pengaruh yang kuat dalam partinya,” katanya.

Penganalisis politik itu bagaimanapun menaruh harapan bahawa perkembangan politik di Selangor ketika ini tetap memihak kepada Harapan walaupun kemungkinan menghadapi tenta-ngan tiga penjuru pada PRU14.

About tok anjang

Check Also

Undi Logo ‘Mata’ Ibarat Menang Sorak, Kampung Tergadai

Masyarakat Melayu perlu berhati-hati dalam membuat pertimbangan bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana gabungan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *