Home / Ekonomi / Mahathir Bohong! Hutang Malaysia RM680 Bilion, Bukan RM3.6 Trilion

Mahathir Bohong! Hutang Malaysia RM680 Bilion, Bukan RM3.6 Trilion

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menyebarkan cerita buruk terhadap Malaysia dan kali ini mendakwa hutang negara kini mencecah sehingga US$900 bilion atau RM3.6 trilion dengan kadar tukaran mata wang asing semasa.

Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN (BNSC) Datuk Eric See-To Choong menegaskan, keterdesakan Dr Mahathir mencipta berita palsu amat jelas berikutan hutang semasa Malaysia kini cuma RM680 bilion iaitu bersamaan 50.7% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

“Dengan pengalaman beliau sebelum ini (sebagai Perdana Menteri), Mahathir pastinya tahu bila negara diambang bankrap dan beliau sedar pada hari ini, kita masih jauh daripada masa gelap tersebut.

“Tetapi saya tertanya-tanya apa jenis keterdesakan dan motivasi yang mendorong negarawan berusia seperti Tun Mahathir bercakap buruk mengenai negaranya sendiri dan mengeluarkan kata-kata bohong sebegini?” kata Eric dipetik kenyataan.

Beliau berkata demikian memetik ucapan Dr Mahathir disiarkan oleh Malaysiakini mendakwa hutang Malaysia telah mencecah US$900 bilion dan akan menjadi bankrap seperti negara Greece.

“Lihat apa terjadi kepada Greece.. Di sini, kita berhutang lebih banyak daripada Greexe dan kita lebih miskin daripada Greece,” dakwa Dr Mahathir.

Jelas Eric, dengan nisbah hutang Malaysia diparas 50.7% daripada RM1.3 trilion KDNK negara, ianya adalah pada kedudukan terendah daripada 92 negara yang mempunyai hutang tinggi termasuk Singapura, Jerma, USA, UK dan kebanyakan negara-negara membangun lain.

“Dan 50.7% adalah lebih rendah daripada paras 103.4% ketika pentadbiran Mahathir pada 1986 selepas beliau menggandakan hutang negara dalam tempoh lima tahun berkuasa.

“Juga, hutang kerajaan bukan US$900 bilion(RM3.6 trilion). Ianya adalah RM680 bilion atau kira-kira US$170 bilion. Saya tertanya-tanya dari mana Mahathir petik angka US$900 bilion?” tanya Eric.

Jelas beliau, jika benar hutang Malaysia mencecah RM3.6 trilion ini nibah hutang kepada KDNK negara pada kadar 300% – lebih tinggi daripada Jepun pada paras 220%.

Katanya, berbanding Greece yang berhutang dalam nilai Euro yang bukan dibawah kawalan mereka, hutang negara adalah didalam nilai Ringgit yang didagang dan dikawal sendiri oleh Malaysia.

“Malaysia juga tidak berhutang satu sen pun daripada Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), jadi siapa dia orang yang akan buatkan kita bankrap?”.

Tambah Eric lagi, sewaktu berkuasa, Dr Mahathir menubuhkan DanaHarta dan DanaModal untuk menampung kerugian syarikat korporat dan bank sehingga pasara saham menjunam 80% kepada 200 mata.

“Tidak seperti sekarang dimana indeks pasaran saham pada 1796 mata iaitu lebih dua kali ganda pada paras 800 mata ketika Datuk Seri Najib Razam mengambil alih tugas sebagai PM.

“Sejumlah besar projek seperti Plaza Rakyat, Bukit Beruntung, KL Linear City dan projek Grand Hotel terbengkalai – tidak seperti sekarang dimana tiada projek seumpama itu terbengkalai,” ujarnya lagi.

About tok anjang

Check Also

7 Fakta Wajib Tahu Mengenai Forest City Dan Kesan Jangka Panjang Kepada Malaysia

Projek Forest City merupakan pembangunan hartanah diatas empat pulau buatan manusia di selatan tanah air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *