Home / Ekonomi / 7 Fakta Wajib Tahu Mengenai Forest City Dan Kesan Jangka Panjang Kepada Malaysia

7 Fakta Wajib Tahu Mengenai Forest City Dan Kesan Jangka Panjang Kepada Malaysia

Projek Forest City merupakan pembangunan hartanah diatas empat pulau buatan manusia di selatan tanah air dilancarkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada 6 Mac 2016.

Projek yang menelan belanja kira-kira RM100 bilion bagi pembangunan 20 tahun sehingga 2035 itu dikatakan bakal mewujudkan lebih 220,000 pekerjaan dan dengan kedudukan strategik cuma 2 kilometer dari Singapura, Forest City juga dikatakan bakal menarik ‘ekspatriat’ ke kawasan berkenaan.

Biarpun Sultan Johor bertitah agar pembangunan projek ini tidak dipolitikkan, bekas Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad masih tidak henti mencemuh projek berkenaan dan mendakwa ianya adalah langkah menjual tanah dan kedaulatan negara kepada China.

Hal ini ekoran pemberian status ‘pegangan bebas’ atau freehold bagi unit hartanah yang dibeli oleh bukan warganegara Malaysia di Forest City.

Sehubungan itu, Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN (BNSC), Datuk Eric See-To Choong memberikan tujuh fakta menjelaskan kerjasama Malaysia-China dalam membangunkan tanah tambak seluas 1,400 hektar atau 3,459 ekar itu.

Pertamanya, projek berkenaan terletak berhampiran dengan jambatan menuju ke Singapura dan mempunyai kemudahan imigresen dan akses baharu berkenaan cuma memakan masa 40 minit untuk ke pusat perniagaan Singapura dari Forest City.

Kedua, kedudukannya berdekatan Singapura juga menjadi daya penarik kepada pembeli hartanah dan hanya akan berjaya dibangunkan di Johor berbanding di kawasan lain seluruh negara.

Fakta ketiga menurut Eric adalah sasaran pembeli hartanah di Forest City.

Ujarnya, Singapura kini semakin giat menambak tanah bagi ‘meluaskan’ negaranya dan sekiranya Malaysia tidak merebut peluang, pembeli hartanah akan memilih kediaman di Singapura berbanding di Forest City.

“Jika Singapura memulakan projek seperti ini sebelum kita, semua keuntungan akan diperolehi oleh Singapura. Malaysia tidak akan mendapat apa-apa pun”.

Seterusnya, Eric menegaskan bahawa dakwaan menjual tanah negara kepada warga asing juga tidak timbul ekoran seluruh projek berkenaan didirikan diatas tanah tambak dan tanah sedia ada di Johor tidak disentuh.

“Selepas kerja-kerja penambakan selesai, jumlah keluasannya hanyalah 0.01% daripada keluasan tanah di Johor.

“Warga asing tersebut bukannya membeli hartanah bertanah. Mereka hanya membeli kondominium hartanah strata,” tegasnya.

Fakta kelima, Kerajaan Negeri Johor dan Sultan Johor juga mempunyai pegangan 40 peratus didalam kerjasama bersama China yang bertindak sebagai pembiaya projek.

Tambahnya, keseluruhan projek Forest City berkeluasan kira-kira 3,000 ekar cuma 1 per 18 keluasan tanah Johor yang digadaikan Dr Mahathir kepada Singapura pada 1990 selama 71 tahun.

Kata Eric, tanah berkeluasan 54,000 ekar itu dipajak Dr Mahathir kepada Singapura dengan bayaran awal RM700 juta dan sewaan tanah 3 sen bagi setiap kaki persegi.

“Itu adalah tanah sedia ada yang Mahathir tandatangani bukannya tanah tambak.

“Tiada pula orang menuduhnya menjual negara tetapi kini beliau pula yang menuduh kita menjual negara sedangkan saiz tanahnya cukup kecil, bukan dijual sebenarnya pun dan bukan juga tanah yang sedia ada”.

Dan terakhir berkaitan kedaulatan negara, Eric menegaskan bahawa Forest City masih dibawah bidang kuasa kerajaan neger dan perundangannya termasuk undang- undang pemilikan tanah membenarkan Kerajaan Negeri Johor mengambil tanah tersebut apabila diperlukan.

About tok anjang

Check Also

Mahathir Kini De Facto Pakatan Harapan?

Adakah mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengambil alih status pemimpin De Facto …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *