Home / Politik / Pakatan Harapan / PAS Dianggap Sesat Kerana Tolak DAP?

PAS Dianggap Sesat Kerana Tolak DAP?

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad menjelaskan bahawa parti Islam tersebut dianggap sesat berikutan keengganan mereka untuk tunduk terhadap segala kehendak DAP.

Idris berkata, tindakan DAP menyerang Pas yang sering kali memperjuangkan agenda Islam menunjukkan keangkuhan parti itu walaupun mereka masih belum memerintah negara ini.

“ Sikap angkuh seperti ini tidak boleh diterima oleh masyarakat Malaysia berbagai kaum,” katanya dalam satu kenyataan.

Idris berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyifatkan Pas sudah menyimpang daripada perjuangan politiknya dan kini menjadi pembangkang olok-olok dan sesat sehingga dipuji Umno.

Sehubungan itu, Idris memaklumkan Guan Eng seolah-olah kehabisan modal apabila sering kali melaungkan fitnah seolah-olah Pas akan bersama Umno dan tidak bersuara dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Felda.

“Ini satu kenyataan yang mengarut dan menzahirkan busuknya hati Guan Eng terhadap Pas.

“Kalau benci sangat pun biarlah buat tuduhan berasas. Jangan rujuk akhbar lain yang memang tidak melaporkan mengenai Pas.

“Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) siasat 1MDB sejak 2015 dan sikap beliau berpegang dengan prinsip Islam, iaitu biarlah siasat dan dibawa ke pengadilan,” katanya.

Tambahnya, Pas juga tidak terburu-buru melontar tuduhan kepada pembangkang lain yang dilihat mesra bersama Umno.

“Kalau gambar Presiden Pas dan perdana menteri di program Multaqa Ulama dijadikan modal sebab berpakaian sedondon, bagaimana pula dengan Setiausaha Agung PKR dan Naib Presiden Amanah yang sedondon berpakaian putih bersama pemimpin nombor satu negara itu sewaktu program Palestin?

“Sekali lagi, Pas tidaklah sebodoh itu nak tuduh PKR dan Amanah hendak bersama Umno,” katanya.

About tok anjang

Check Also

Undi Logo ‘Mata’ Ibarat Menang Sorak, Kampung Tergadai

Masyarakat Melayu perlu berhati-hati dalam membuat pertimbangan bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana gabungan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *