Home / Ekonomi / Antarabangsa / Malaysia Bantah Baitulmaqdis Ibu Negara Israel Walaupun Najib Kawan Baik Trump

Malaysia Bantah Baitulmaqdis Ibu Negara Israel Walaupun Najib Kawan Baik Trump

Pengiktirafan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel baharu menggantikan Tel Aviv tidak akan mendapat sokongan Malaysia sungguhpun mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, menerusi ucapan dasar Presiden UMNO semalam menegaskan bahawa Malaysia tidak akan sesekali berrkompromi dengan apa jua hal melibatikan kesucian Islam termasuk tindakan terbaru Israel menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya yang baharu.

“Saya selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, mengajak para pimpinan parti, para perwakilan, ahli-ahli yang hadir, di dalam dan di luar sana, serta semua di mana sahaja anda berada, untuk bangun dan menzahirkan pendirian kita yang selantang-lantangnya.

“Agar dunia mendengar gema suara Umat Islam Malaysia, bahawa kita menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sampai bila-bila,” kata Najib di PWTC, semalam.

Penegasan berkenaan bagi pemerhati politik dan wartawan veteran, Datuk Ahirudin Attan, menunjukkan Perdana Menteri tidak teragak-agak untuk dalam isu martabat Islam walaupun perkara tersebut dicetuskan rakan Najib sendiri, Trump.

“Trump mungkin menganggap Najib sebagai “kawan baik” dan sebaliknya tetapi Presiden AS itu tidak akan mendapat sokongan Malaysia dalam hal ini,” ujarnya dipetik blog beliau, rockybru.com.my.

Ujarnya, bantahan dari Malaysia lebih bermakna sekiranya mendapat sokongan daripada barisan parti-parti Pakatan Harapan termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dalam usaha menggulingkan Najib.

“Calon Perdana Menteri interim pembangkang Dr Mahathir dahulunya lantang dalam hal negara membangun, seperti Palestin dan Afrika Selatan, dan Bosnia dalam tempoh 22 tahun beliau selaku PM.

“Tetapi semenjak bekerjasama dengan DAP, yang dikenali memunyai pandangan berbeza mengenai isu sebegini, Dr M mungkin mempunyai pandangan berbeza,” tambah Ahirudin lagi.

Dalam pada itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan Trump telah mencabar umat Islam dan mencemarkan kesucian bumi Al-Quds.

Justeru, beliau mengarahkan partinya untuk mengadakan himpunanaman dihadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pada 8 Disember (Jumaat) sebagai bantahan terhadap penaklukan Israel di Baitulmaqdis.

UMNO juga akan mengadakan himpunan serupa sebagai solidariti keprihatinan terhadap Palestin.

Perkara tersebut dizahirkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang disokong Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Ujar Zahid, UMNO tidak akan menyertai himpunan anjuran PAS kerana Perhimpunan Agung UMNO yang kini masih berjalan tetapi beberapa ahli UMNO yang tidak terlibat secara langsung akan hadir menyatakan sokongan kepada himpunan anjuran PAS.

About tok anjang

Check Also

Undi Logo ‘Mata’ Ibarat Menang Sorak, Kampung Tergadai

Masyarakat Melayu perlu berhati-hati dalam membuat pertimbangan bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana gabungan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *