Home / Politik / Pakatan Harapan / Laungan Lim Kit Siang Mahukan Keadilan Atas “Jenayah” Mahathir!

Laungan Lim Kit Siang Mahukan Keadilan Atas “Jenayah” Mahathir!

“Kerajaan dan negara perlu mengambil perhatian serius berhubung kerugian dagangan mata wang asing Bank Negara antara RM16 bilion hingga RM20 bilion dalam tempoh 2 tahun, kerana ianya berjumlah lapan kali ganda kerugian skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF),” kata bekas Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang.

Demikian kenyataan diucapkan Kit Siang pada sesi ceramah DAP di Seremban pada 3 April 1994.

Kit Siang menegaskan perletakan jawatan Gabenor BNM, Tan Sri Jaffar Hussein tidak mencukupi dan mahukan sebuah jawatankuasa siasatan ditubuhkan untuk mengheret pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan termasuk Menteri Kewangan (pada masa itu), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setelah melepaskan jawatan utama DAP dan menggalas tugas penasihat parti, Kit Siang terus mendesak kerajaan menyiasat skandal berkenaan menerusi ceramahnya pada 3 Jun 2012.

“Jika Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan pada pilihan raya akan datang, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat kerugian RM30 bilion forex Bank Negara pada 1992 akan diwujudkan, termasuk melihat skandal kewangan lain sepanjang pemerintahan 22 tahun Mahathir.

“Barry Wain, menerusi bukunya “Malaysian Maverick”, menjangkakan Malaysia kerugian RM100 bilion didalam empat skandal kewangan semasa pemerintahan Mahathir,” kata Kit Siang.

Kini, setelah sekian lama mendesak agar kerugian Bank Negara disiasat, ‘usaha’ Kit Siang kini berhasil selepas RCI mendapati ada asas bagi mengesyorkan polis menyiasat kemungkinan berlakunya pecah amanah dan penipuan dalam skandal berkenaan.

Selain itu, suruhanjaya tersebut turut mendedahkan BNM mengalami kerugan sebanyak RM31.5 bilion dalam tempoh tiga tahun iaitu RM12.35 bilion pada 1992, RM15.29 bilion untuk 1993 dan RM3.86 bilion bagi 2014.

Setiausaha RCI, Datuk Dr Yusof Ismail telah membuat laporan polis berhubung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajay pada 30 November lepas bagi membolehkan polis menjalankan siasatan rasmi ke atas kesalahan pecah amanah, jenayah dan penipuan serta lain-lain kesalahan yang mungkin telah dilakukan oleh pihak yang dinyatakan dalam laporan suruhanjaya itu.

MD

About tok anjang

Check Also

Malaysia Bantah Baitulmaqdis Ibu Negara Israel Walaupun Najib Kawan Baik Trump

Pengiktirafan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel baharu menggantikan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *