Home / Politik / Barisan Nasional / Bukti Kerajaan Prihatin: Insurans Untuk Pekerja Yang Hilang Pekerjaan

Bukti Kerajaan Prihatin: Insurans Untuk Pekerja Yang Hilang Pekerjaan

Dewan Rakyat lewat malam tadi meluluskan rang undang-undang (RUU) Sistem Insurans Pekerjaan 2017 yang bertujuan menyediakan insurans bagi membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan dengan faedah bantuan kewangan sementara.

RUU itu diluluskan dengan pindaan selepas dibahaskan oleh 14 ahli Parlimen.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem ketika menggulung RUU berkenaan berkata melalui sistem insurans itu, pekerja yang hilang pekerjaan akan diberikan latihan untuk kembali ke alam pekerjaan.

“Ini termasuk kepada golongan yang telah berumur antara 40 hingga 50 tahun yang boleh dipadankan dengan latihan bersesuaian,” katanya.

Terdahulu, ketika membentang RUU itu untuk bacaan kali kedua, Riot berkata sistem insurans berkenaan memperuntukkan caruman berkadaran 0.4% daripada gaji yang diinsuranskan (GYD), iaitu majikan dan pekerja masing-masing menyumbang 0.2% kepada caruman insurans itu.

Beliau berkata ia penting bagi membantu pekerja yang hilang pekerjaan khususnya jika berlaku kegawatan atau kejatuhan ekonomi.

Katanya, sebagai sebuah negara perdagangan yang semakin berintegrasi dengan rantaian ekonomi global, risiko pendedahan dengan impak kejatuhan ekonomi tidak dapat dielakkan.

“Pada tahun 2015, lebih 44,000 orang kehilangan pekerjaan yang antara lain berpunca dari langkah automasi dalam sektor kewangan, penstrukturan syarikat dan kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia. Pada 2016, lebih 38,000 orang kehilangan pekerjaan dengan majoriti dalam bidang peruncitan, pembuatan dan pengkuarian,” katanya.

Bagi majikan, Riot berkata pelaksanaan sistem insurans itu dapat meningkat produktiviti syarikat melalui pekerja yang telah mengikuti peningkatan kemahiran dan latihan semula di samping dapat mengurangkan tekanan sekiranya timbul keperluan mengurangkan kos, mengecilkan operasi atau syarikat muflis.

Bernama

About tok anjang

Check Also

Malaysia Bantah Baitulmaqdis Ibu Negara Israel Walaupun Najib Kawan Baik Trump

Pengiktirafan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel baharu menggantikan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *