Home / Santai / ‘RM30j Naik Taraf Pusat Tahfiz, Bukan Bayar Gaji’

‘RM30j Naik Taraf Pusat Tahfiz, Bukan Bayar Gaji’

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan peruntukan RM30 juta untuk pusat tahfiz di seluruh negara perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk menaik taraf infrastruktur dan bukannya bagi membayar gaji kakitangan.

Ini kerana, kata Timbalan Perdana Menteri, 80 peratus daripada dana RM30 juta disediakan di bawah Bajet 2017 untuk penyelarasan pendidikan tahfiz digunakan untuk membayar gaji kakitangan pusat betrkenaan.

“Apa yang digunakan lebih 80 peratus digunakan untuk membayar gaji sedangkan matlamatnya adalah untuk menaik taraf,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Psikologi Modal Insan 2017, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di di sini hari ini.

Pada 15 Sept lepas, Perdana Menteri, Datuk seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi menaik taraf maahad tahfiz swasta susulan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat, Kuala Lumpur, yang meragut 23 nyawa termasuk 21 pelajar, 14 Sept lepas.

Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pasukan Petugas Khas Sekolah-Sekolah Tahfiz, Ahmad Zahid berkata beliau akan memastikan peruntukan tersebut digunakan sepenuhnya untuk tujuan menaik taraf infrastuktur dan kemudahan maahad tahfiz.

“Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini telah menyerahkan peruntukan tersebut kepada saya untuk menaik taraf maahad tahfiz,” katanya.

Ahmad Zahid berkata sejak Suruhanjaya Siasatan Diraja yang menyiasat kebakaran Pondok Pak Ya pada 1989, telah berlaku lebih 100 kejadian kebakaran sekolah tahfiz melibatkan 57 kematian, namun masih ada pihak yang berkompromi mengenai isu keselamatan.

Pada pembentangan Bajet 2017 tahun lepas, Najib mengumumkan peruntukan RM30 juta bagi membolehkan persekitaran pembelajaran di sekolah tahfiz adalah lebih selamat dan kondusif.

– Bernama

About tok anjang

Check Also

Trend “Mat Salleh Backpacker” Mengemis Makin Menjadi Di Malaysia?

Trend pelancong “backpacker” mengemis semakin meningkat di jalan-jalan utama sekitar Kuala Lumpur, lapor The New …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *