Home / Ekonomi / Antarabangsa / Malaysia Naik 2 Anak Tangga Dalam Laporan Daya Saing Global

Malaysia Naik 2 Anak Tangga Dalam Laporan Daya Saing Global

Malaysia naik dua anak tangga kepada kedudukan 23 daripada 157 negara dalam Laporan Daya Saing Global 2017-2018, Forum Ekonomi Dunia (WEF), berbanding menduduki tempat ke-25 daripada 140 negara tahun lepas.

Malaysia yang kekal dalam senarai 25 teratas, juga kekal pada tempat kedua daripada sembilan negara ASEAN (Myanmar tidak termasuk dalam laporan itu) dan menduduki tangga kesembilan dalam kategori komuniti Apec dan ASEAN.

Semasa memuji keputusan laporan itu sebagai perkembangan positif, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Mohd Razali Hussain berkata kerjasama antara sektor awam dan swasta masih kurang.

“Kita perlu menggalakkan sektor swasta untuk terlibat dalam membuat penambahbaikan,” kata Razali.

Beliau berkata kerjasama antara kedua-dua sektor dapat dilakukan dengan wujudnya Pemudah, sebuah pasukan khas yang menangani perkara berhubung birokrasi dan memudahkan urusan perniagaan dan kerajaan. Pasukan petugas juga memantau produktiviti dalam sektor yang berbeza.

Beliau berkata dengan inisiatif ekonomi yang ada, negara akan mampu melepasi tempat 20 teratas menjelang 2020.

“Kerjasama antara sektor awam dan swasta adalah kuncinya. JIka kita boleh melakukannya, saya akan lebih optimis mengenainya dan boleh mencapai sasaran sebelum tahun 2020.”

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menterinya Mustapa Mohamed berkata kedudukan terbaru ini membuktikan kekuatan asas makroekonomi negara dan dasar negara berada di landasan yang betul.

“Eksport kita berjalan lancar dan terus menerima aliran pelaburan asing langsung yang sihat.

“Kita akan terus mengguna pakai dasar ekonomi yang kukuh dan berharap dapat melakukannya dengan baik dengan peningkatan berterusan dengan semua infrastruktur yang ada,” kata Mustapa.

Switzerland kekal sebagai negara paling berdaya saing di dunia, sementara Singapura merosot ke tempat ketiga.

Amerika Syarikat, yang menduduki tempat ketiga tahun lepas, mengambil alih tempat kedua daripada segi daya saing. Semua negara yang berada di atas Malaysia adalah maju dan berpendapatan tinggi.

Laporan tahunan itu berdasarkan 30% data perangkaan dan 70% data tinjauan. Ia menggabungkan 114 petunjuk yang mengintegrasikan kedua-dua aspek makro dan mikroekonomi daya saing.

Penunjuk yang dikumpulkan ke dalam 12 teras yang berdaya saing adalah institusi, infrastruktur, persekitaran makroekonomi, kesihatan dan pendidikan rendah, pendidikan tinggi dan latihan, pasaran barangan yang cekap, kecekapan pasaran buruh, pembangunan pasaran kewangan, kesediaan teknologi, saiz pasaran, kecanggihan dan inovasi perniagaan.

Dua belas teras berdaya saing itu dibahagikan di bawah tiga indeks bagi keperluan asas, peningkatan kecekapan serta ciri inovasi dan elemen canggih yang digunakan untuk menentukan penempatan negara.

Malaysia menduduki tempat 50 teratas dalam setiap 12 teras dan merosot dalam enam. Malaysia memperlihatkan pembangunan pasaran kewangan yang kukuh (tempat ke-16) dan naik bagi teras kesihatan dan pendidikan rendah dengan naik kepada kedudukan ke-14 kepada 30 berbanding ke-44 pada tahun lepas.

Malaysia juga termasuk 10 negara teratas dalam 10 petunjuk iaitu inflasi, kekuatan perlindungan pelabur, perolehan produk teknologi maju, beban peraturan kerajaan, gaji dan produktiviti, kos dasar pertanian, kesediaan saintis dan jurutera, latihan kakitangan, ketersediaan modal teroka dan tahap pemasaran.

Laporan itu juga menegaskan tiga cabaran utama bagi ekonomi global adalah kelemahan sektor kewangan, keupayaan menyebarkan faedah inovasi dengan lebih inklusif dan fleksibiliti pasaran buruh serta hak pekerja.

About tok anjang

Check Also

Jepun Tambah Pelaburan RM559 Juta Di Malaysia

Jepun terus menjadikan Malaysia sebagai lokasi pelaburan utama dan dipercayai di rantau Asia dengan penambahan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *