Home / Ekonomi / Antarabangsa / Pakatan Patut Tutup Mulut Kalau Sekadar Mahu Komen “Trump Dungu”

Pakatan Patut Tutup Mulut Kalau Sekadar Mahu Komen “Trump Dungu”

Pelan Malaysia untuk membantu usaha Amerika Syarikat untuk “memulihkan” ekonominya tidak menjadi isu politik sekiranya pemimpin parti pembangkang mengikuti berita semasa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Menteri bahagian Unit Perancangan Ekonomi (EPU) itu berkata beliau tidak percaya bahawa ramai pemimpin politik pembangkang menyatakan rasa terkejut dengan rancangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di White House, baru-baru ini.

Najib ketika pertemuan berkenaan menggariskan tiga kaedah Malaysia untuk menyumbang ekonomi di Amerika iaitu pembelian 33 buah pesawat Boeing, serta pelaburan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Berhad.

Kata Abdul Rahman, KWSP sudah melabur US7 bilion dolar di Amerika Syarikat sebelum ini dan mendapat pulangan lumayan dan kini berhasrat untuk menambah antara US3 bilion dolar hingga US4 bilion dolar lagi.

“Sejak beberapa tahun lepas, KWSP telah tampil dengan pelbagai kenyataan menunjukkan bahawa mereka telah memulakan kepelbagaian pelaburan luar negara. Ini adalah untuk meminimakan risiko dan memaksimakan pulangan mereka.

“Setakat Suku1 2017, jumlah aset dilaburkan KWSP bernilai RM747, bilion dimana jumlah keseluruhan syarikat disenaraikan di pasaran saham Bursa Malaysia sekitar RM1.7 trilion. Ekoran jumlah dana besar KWSP sekarang, kepelbagaian pelaburan luar adalah keperluan dan bukan lagi satu pilihan,” kataya dipetik kenyataan kepada media.

Katanya, setelah KWSP menarik 30% sekatan pelaburan asing bagi Skim Pelaburan Ahli dan membenarkan untuk membuat pelaburan antarabangsa secara total, jumlah pendapatan dari pelaburan meningkat lebih tinggi.

Tambah Abdul Rahman, pulangan dividen KWSP kepada pencarum semenjak dua tahun lepas juga berpunca daripada pelaburan antarabangsa oleh KWSP.

Menyentuh isu pembeliau pesawat Boeing oleh Malaysia Airlines, menteri berkenaan menjelaskan bahawa MAS sudah menandatangani pembelian 50 pesawat Boeing 737 MAX pada 2016 – untuk menempah 25 pesawat dan hak untuk membeli tambahan 25 lagi pesawat dengan harga disenaraikan US5.5 bilion dolar.

Dan pada Ogos 2017, media juga melaporkan bahawa pelan penstrukturan MAS telah membawa hasil dan syarikat telah berunding untuk membeli 30 lagi pesawat Boeing 786 atau Airbus bagi mempelbagaikan lagi laluan penerbangan.

“Pembelian pesawat oleh MAS juga bukan perkara baru. Walaubagaimanapun ianya telah mengejutkan ramai ahli politik pembangkang. Daripada memuji kejayaan penstrukturan semula MAS, ahli politik ini mempersoalkan motif MAS seolah-olah pelan jangka panjang dan penyebaran berita pembeliau pesawat adalah keputusan baru,” katanya.

Abdul Rahman kemudiannya menasihatkan pakatan pembangkang yang salah seorang pemimpinnya pernah mendakwa Trump sebagai ‘dungu’ lebih baik diam daripada memberi komen mengenai isu diplomasi antarabangsa.

“Tiada ragu lagi bahawa Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai rekod cemerlang didalam diplomasi dan hubungan antarabangsa. Beliau telah meletakkan kepentingan negara didalam fikiran, tidak seperti Pakatan, beliau (Najib) tahu apa yang dia lakukan,” katanya lagi.

About tok anjang

Check Also

Jepun Tambah Pelaburan RM559 Juta Di Malaysia

Jepun terus menjadikan Malaysia sebagai lokasi pelaburan utama dan dipercayai di rantau Asia dengan penambahan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *