Home / Santai / Parodi / Pemilik PPR jangan berani sewakan rumah

Pemilik PPR jangan berani sewakan rumah

Pemeriksaan dan pemilihan kriteria yang ketat perlu dibuat dalam skim sewa beli tanpa deposit yang dilaksanakan kerajaan pusat, kata Setiausaha Agung Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) Chang Kim Loong.

Kim Loong berkata langkah itu bagi memastikan tiada penyalahgunaan dan hanya pemohon yang benar-benar layak dapat memohon skim sewa beli rumah Program Perumahan Rakyat (PPR).

“Pemeriksaan berkala mestilah dijalankan di setiap unit PPR. Ini bagi memastikan rumah didiami itu tidak disewakan kepada pekerja asing.
“Tindakan mesti diambil terhadap penghuni rumah yang berbuat demikian,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum itu mengumumkan semua PPR di ibu negara akan dilaksanakan sistem sewa dan beli, tanpa bayaran deposit.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan sistem itu bagi meringankan beban rakyat di bandar.

Katanya, kerajaan pusat perlu meneliti jumlah sewaan sewa beli rumah PPR itu akan tidak membebankan pemilik rumah PPR tersebut.
“Ini kerana mereka perlu membayar skim sewa beli rumah PPR setiap bulan dengan kadar segera,” katanya.

Kim Loong berkata langkah kerajaan memperkenalkan sistem sewa beli itu sangat baik bagi memastikan golongan berpendapatan rendah memiliki rumah pertama mereka.

“Langkah ini baik kerana dapat membantu golongan berpendapatan rendah untuk mempunyai rumah sendiri selain memisahkan daripada cabaran kerajaan menyediakan rumah mampu milik.

“PPR yang dimaksudkan ini lebih kepada golongan berpendapatan rendah manakala perumahan mampu milik untuk berpendapatan sederhana,” katanya.

About tok anjang

Check Also

RCI: Kerugian Nafikan Negara Peluang Pembangunan

Kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an telah memberi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *