Home / Politik / Pakatan Harapan / PKR acah suci, taknak gabung dengan Mahathir selagi tidak tahu agenda utama

PKR acah suci, taknak gabung dengan Mahathir selagi tidak tahu agenda utama

Sebarang kerjasama PKR dengan pakatan baharu yang bakal diwujudkan Tun Dr Mahathir Mohamad hanya akan diputuskan selepas mengetahui agenda utama bekas Perdana Menteri itu.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Pakatan hanya akan bersetuju seandainya misi penubuhan parti baharu Dr Mahathir selari dengan agenda reformasi yang diperjuangkan parti itu selama ini.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR menjelaskan, ia merupakan bukti semangat demokrasi dan menyuburkan sepakat pakatan harapan yang diamalkan selama ini.

“Kalau semangat demokrasi, kita meraikan penubuhan parti baharu kerana ia menyuburkan namun suasana demokrasinya tertakluk kepada agenda dan ideologi parti.

“Sekiranya parti ini bersetuju dengan reformasi, kita akan beri kerjasama dengan sesiapa yang ada agenda reformasi itu,” katanya semasa semasa sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Rumah Selangorku Taman Puchong Utama.

Sebelum ini Dr. Mahathir mengumumkan penubuhan satu pakatan pembangkang baharu yang akan dianggotai oleh parti-parti politik pembangkang untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dr. Mahathir berkata, pakatan berkenaan akan disertai DAP, PKR, Parti Amanah Negara (PAN) serta sebuah parti baharu yang akan ditubuhkan oleh beliau dalam masa terdekat dengan matlamat utama untuk menewaskan Barisan Nasional (BN).

Menurut Dr. Mahathir, sebarang perbezaan pendapat antara parti yang menganggotai pakatan baharu itu akan diketepikan bagi memastikan matlamat utama untuk menewaskan BN dalam PRU-14 akan datang tercapai dan membentuk kerajaan baharu untuk negara ini.

Sebelum ini, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti itu masih belum membuat keputusan berhubung kerjasama dengan cadangan parti baharu pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tegasnya, PKR juga belum mengadakan perbincangan serius mengenai pelawaan bekas Perdana Menteri membentuk pakatan pembangkang baharu.

Azmin sebelum ini mempertahankan penyertaannya dalam Deklarasi Rakyat yang diketuai Dr Mahathir.

Katanya, Deklarasi Rakyat yang turut disertai kepimpinan utama DAP dan PAN itu juga sudah dimasukkan dalam agenda reformasi yang sering dilaungkan PKR.

About tok anjang

Check Also

Kerana Berebut Kuasa, Rakyat Terabai

Perkembangan semasa politik di Selangor menyaksikan sikap sebenar pemimpin pembangkang yang pada hakikatnya tidak akan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *