Home / Politik / Beruntungnya Penjawat Awam Yang Pro Pembangkang Di Malaysia

Beruntungnya Penjawat Awam Yang Pro Pembangkang Di Malaysia

Bukan satu perkara yang menghairankan apabila terdapat segelintir penjawat awam yang menerima gaji bulanan dari kerajaan bertindak menjadi gunting dalam lipatan. Mereka yang pro pembangkang ini dilihat menyerang kerajaan samada dari laman sosial mahupun menerusi cakap-cakap belakang walhal ereka menyara kehidupan dengan menerima gaji bulanan dari kerajaan.

Sebenarnya, mereka ini adalah golongan yang paling beruntung. Sudahlah menjadi guntng dalam lipatan dalam sektor awam, menerima gaji bulanan dari kerajaan, malah mereka bebas melayari laman sosial seperti Facebook dan menjadi “askar sukarela” pembangkang dalam memburukkan imej dan apa jua usaha baik dari kerajaan.

Bayangkan jika mereka ini berkhidmat dengan kerajaan Singapura dengan mengamalkan sikap yang sama. Sudah tentu mereka ini akan kehilangan kerja malah besar kemungkinan mereka akan dipenjarakan atau mungkin sahaja segala kemudahan yang mereka nikmati akan turut ditarik sama kerana mengkritik apa jua dasar kerajaan Singapura.

Terbaru, sebuah lagi negara kebanggaan pembangkang, Australia melaksanakan undang-undang baru yang melarang semua pekerja yang berkhidmat dalam sektor awam mengkritik kerajaan Australia samada menerusi penghantaran e-mail mahupun komen dan status di laman sosial. Malah, menekan butang “like” untuk status yang mengkritik kerajaan juga merupakan satu kesalahan di bawah perlaksanaan undang-undang baru ini.

Larangan itu terkandung dalam garis panduan media sosial Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Australia yang dikemas kini bagi memastikan kakitangan kerajaan tidak berat sebelah ketika menjalankan tanggungjawab mereka.

Lihat sahaja apa yang dilakukan oleh dua buah kerajaan yang menjadi sanjungan pembangkang ini. Usah katakan mahu memberikan komen atau kritikan, menekan butang “like” pada laman sosial milik mereka juga dianggap sebagai satu kesalahan. Adakah ini yang dinamakan sebagai kebebasan bersuara yang dilaungkan oleh pembangkang?

Hakikat di negara ini, sebarang kritikan tidak dikenakan sebarang tindakan di bawah Akta SKMM. Cuma, mereka yang melemparkan fitnah melampau atau mengedit wajah pemimpin negara secara melampau atas niat mahu memalukan pemimpin sahaja dikenakan tindakan. Adakah ini masih dianggap sebagai satu sekatan untuk kebebasan bersuara?

Perkara seperti ini hari ini tidak boleh dilakukan di Singapura dan Australia. Bukan setakat dua buah negara ini sahaja, China, Thailand dan beberapa buah negara lagi turut mengenakan akta yang keras terhadap penjawat awam yang mengkritik sebarang dasar kerajaan. Jadi fikirlah kedudukan anda hari ini. Adakah kerajaan Malaysia hari ini merupakan sebuah kerajaan kuku besi?

About tok anjang

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *