Home / Politik / Siapa Makan Cili Dia Terasa Pedas, Langkah Kajang Ditujukan Kepada Siapa?

Siapa Makan Cili Dia Terasa Pedas, Langkah Kajang Ditujukan Kepada Siapa?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak terus bergurau di laman twitternya dengan memuat naik status yang dilihat seakan-akan sindiran buat PKR.

“Bermula esok (semalam), perjalanan untuk melawat kenalan di Sungai Buloh dari Kajang akan menjadi lebih mudah dan selesa! #JomNaikMRT,” tulis beliau malam tadi.

Hari ini, Perdana Menteri melancarkan fasa kedua laluan Transit Aliran Massa (MRT), menghubungkan Sungai Buloh dan Kajang.

Status itu dikatakan sindiran halus yang sudah pasti ditujukan kepada PKR.

Terdahulu, Najib turut memuat naik status yang dilihat turut menyindir PKR berkaitan Langkah Kajang.

“Langkah Kajang sebenar. Datang kepada anda dalam tujuh hari,” tulisnya pada gambar papan tanda stesen MRT Kajang.

Langkah Kajang merupakan ungkapan yang digunakan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2014 bagi memastikan penyandang jawatan Menteri Besar ketika itu Tan Sri Khalid Ibrahim digugurkan dari kedudukan pentadbiran kerajaan negeri.

Arkitek Langkah Kajang, Rafizi Ramli dengan bangganya mengumumkan Langkah Kajang adalah sebagai langkah menyelamatkan Selangor daripada ancaman UMNO dan BN namun rancangan “bijak” beliau mendapat tentangan rakyat tempatan dan juga pnyokong sendiri kerana melibatkan perbelanjaan yang tidak munasabah hanya untuk menaikkan Anwar Ibrahim sebagai MB Selangor.

Rancangan tersebut menyebabkan rakyat melihat PKR hanya mementingkan jawatan dan keluarga Anwar Ibrahim, disamping sebagai satu tindakan yang tidak wajar terhadap bekas MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pengakhirannya, Azmin Ali berjaya mengenepikan Wan Azizah selaku Presiden PKR dan Langkah Kajang dilihat sebagai antara penyebab Pakatan Rakyat berkubur kerana sokongan PAS kepada Azmin Ali manakala PKR dan DAP menyokong Wan Azizah.

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *