Home / Politik / Pakatan Harapan / Selena Gomez: Seksi adalah ciptaan Tuhan, kata Azmin

Selena Gomez: Seksi adalah ciptaan Tuhan, kata Azmin

Kerajaan negeri Selangor tidak akan membatalkan konsert Selena Gomez, selagi penganjur dan penyanyi terkenal itu boleh mematuhi semua syarat ditetapkan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dipetik Sin Chew Daily berkata, setahu beliau, permohonan yang dikemukakan penganjur konsert itu 10 hari lalu akan diluluskan Majlis Bandaraya Shah Alam jika pihak terbabit boleh mematuhi semua peraturan ditetapkan.

“Seksi adalah ciptaan Tuhan, ada orang seksi, ada yang tidak seksi, ada orang cantik, ada yang tidak cantik. Kenapa kita perlu kisah dengan keseksiannya dan bukan lirik atau lagunya?” soalnya ketika menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Majlis Bandaraya Shah Alam, petang ini.

Jawapan Azmin itu menyebabkan semua wartawan yang hadir di sidang media itu ketawa.

Tegasnya, rakyat perlu menghormati setiap bulan, bukan bulan Ramadan dan Syawal sahaja.

Ditanya jika beliau mengenali Selena, Timbalan Presiden PKR itu berkata, beliau tidak kenal penyanyi terkenal itu.

Semalam, Pemuda PAS menggesa pihak berkuasa menyekat persembahan konsert bintang pop remaja itu yang dijadualkan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 25 Julai ini, kerana mendakwa ia merosakkan akidah umat Islam.

Pengerusi Lajnah Dakwah Pemuda PAS, Hafez Sabri turut menggesa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengeluarkan surat rasmi bagi tujuan itu.

Beliau berkata, kerajaan perlu merujuk Garis Panduan Hiburan terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum meluluskan sebarang penganjuran konsert.

Konsert Selena Gomez merupakan sebahagian siri jelajah The Revival Tour yang bermula di Amerika Syarikat Mei lalu. Sebelum ini, konsert Selena di Kuala Lumpur pada 2014 terpaksa dibatalkan atas sebab kesihatan.

Sumber: FMT

About tok anjang

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *