Home / Politik / Pakatan Harapan / Anwar Ibrahim “terpinggir” dengan penguasaan Mahathir di dalam pembangkang?

Anwar Ibrahim “terpinggir” dengan penguasaan Mahathir di dalam pembangkang?

Peranan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin de facto blok pembangkang bakal tersingkir dengan pembentukan pakatan pembangkang yang baharu, kata Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang.

Anwar merupakan pemimpin de facto blok pembangkang semasa penubuhan Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan, namun apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai blok pembangkang itu dengan cadangan parti baharu, nama Pakatan Harapan dijangka bakal diganti dengan nama baharu.

Tan berkata bekas perdana menteri itu berjaya menggulingkan Anwar buat kali kedua selepas bertindak sama ke atas pemimpin nombor dua negara itu pada tahun 1998, sebelum memecat Anwar daripada BN.

“Selepas 18 tahun, nampaknya pembentukan pakatan pembangkang baru oleh Mahathir sekali lagi membawa penyingkiran Anwar, tetapi kali ini sebagai de facto pemimpin pembangkang,” kata Tan dalam satu kenyataan hari ini.

“Pemuda Gerakan mengalu-alukan pembentukan pakatan pembangkang baru oleh Mahathir dan tindakannya bakal menggantikan Anwar sebagai pemimpin de facto pembangkang.”

Katanya, gabungan Mahathir, dan juga baru-baru ini pembentukan Gabungan Rakyat Saksama adalah tanda-tanda jelas bahawa rakyat telah hilang kepercayaan terhadap pakatan pembangkang Pakatan Harapan.

Mahathir mengumumkan pembentukan sebuah parti baru dan gabungan besar pembangkang selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin pembangkang dan masyarakat sivil di Putrajaya Khamis lalu.

About tok anjang

Check Also

Sembang Kencang Pasal Demokrasi Tapi Parti DAP Sendiri Tak Berani Nak Amalkan

Baru-baru ini tiga anggota DAP menghantar memorandum kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mendesak parti DAP …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *