Home / Uncategorized / Aku lawan Sultan Johor sebab dia rogol anak bini orang, kata aktivis selepas dapat status PR Sweden

Aku lawan Sultan Johor sebab dia rogol anak bini orang, kata aktivis selepas dapat status PR Sweden

Aktivis politik Ali Abdul Jalil yang pernah mencetuskan kontroversi menghina Sultan sebelum ini dilaporkan mendapat status penduduk tetap Sweden selepas mendapatkan perlindungan politik negara terbabit sejak 2014.

Ali yang lari ke negara berkenaan selepas menghadapi tiga pertuduhan menghina kerabat Sultan Johor dan Selangor serta merendahkan kedudukan institusi Di Raja mengucapkan terima kasih kepada negera Sweden.

“Kepada kerajaan Malaysia, PDRM, imigresen dan berhala sultan Johor :

ali_abdul_jalil_facebook

“Kalau aku merbahaya, Sweden takkan bagi aku Permanent Resident(PR)..aku lawan sultan Johor sebab dia rogol anak bini orang..Kalau dia baik, aku tak lawan dia.

“Sultan Johor dan menteri pergunakan polis dan mahkamah untuk kepentingan depa…Bila rakyat dilayan tak adil, sudah tentu rakyat memberontak..benda simple, tapi kenapa susah nak faham?” katanya menerusi laman sosial Facebooknya, hari ini.

Sebelum melarikan diri ke Sweden pada 2014, Ali dituduh menghasut dan menghina Kesultanan Johor melalui laman Facebook pada Januari tahun sama melalui akaun Rejimen Anarki.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Dia juga pernah dihadapkan dengan dua lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan kerana menghina Sultan Selangor dan institusi beraja di Malaysia.

Ali turut mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu dan minta dibicarakan.

About tok anjang

Check Also

Ketua Hakim Negara : Tiada Sebab Tolak Jika Masih Diperlukan

an Sri Md Raus Sharif hari ini mengakui bahawa pelantikannya semula sebagai Ketua Hakim Negara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *