Home / Politik / Pakatan Harapan / Bukan Melayu sengsara? Kenapa media pembangkang suka sangat main isu perkauman?

Bukan Melayu sengsara? Kenapa media pembangkang suka sangat main isu perkauman?

Malaysiakini menerusi artikel ‘can coup happen in Malaysia’ oleh kolumnis Mariam Mokhtar sekali lagi merupakan cubaan media pembangkang membakar api perkauman.

Artikel tersebut membandingkan Turki dengan situasi di Malaysia tidak mempunyai banyak perbezaan dengan menggelarkan coup d’état (rampasan kuasa) negara Timur Tengah itu sebagai ‘coup de dedak’ (rampasan kuasa disebabkan rasuah).

Ulas Mariam didalam artikel berkenaan, kumpulan bukan Melayu tidak perlu meminta hak dan keadilan kerana kehidupan mereka sememangnya sudah sengsara.

“Mengapa orang dan portal pro-Pakatan selalu menulis perkara yang membuat orang marah – terutama berkaitan isu perkauman?

“Apa yang dia (Mariam) cuba sampaikan dalam artikel Malaysiakini bertajuk “Will a coup happen in Malaysia”?

“Adakah Malaysia tempat yang sengsara bagi bukan-Muslim?”

“Sepanjang hidup saya, saya tidak pernah rasa sengsara. Saya selalu merasakan berada di Malaysia sentiasa aman – begitu juga dengan rakan dan saudara bukan-Muslim saya,” kata blogger, Lim Sian See menerusi laman sosial Facebooknya.

Mengulas lanjut, dedak atau makanan haiwan didalam artikel Mariam merujuk kepada amalan rasuah yang dituduh pihak tertentu dalam pembangkang kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Adakah kerana beberapa individu terpencul mengeluarkan kenyataan perkauman bermakna kesemua bukan-Muslim di Malaysia sengsara?

“Jika begitu, bukankah Muslim Malaysia juga perlu berasa sengsara kerana pemimpin utama DAP mendakwa memberikan duit raya adalah dedak dan mengarahkan Melayu untuk menjahanamkan Melayu lain hanya demi mendapatkan persembahan terbaik sepanjang masa?

“Apa yang membuatkan Mariam Mokhtar percaya bahawa bukan Muslim sengsara di Malaysia?

“Tolong jangan hasut, okay?,” katanya lagi.

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *