Home / Politik / Pakatan Harapan / Rayuan kepada Azmin gagal hentikan kerja meroboh MDKS

Rayuan kepada Azmin gagal hentikan kerja meroboh MDKS

Rayuan terakhir kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali oleh pengendali gerai makanan bagi menghentikan rancangan merobohkan tempat yang menjadi menjadi sumber tunggal pendapatannya telah menemui kegagalan.

Pengendali tersebut, Jaye Sury Rajoo, memberitahu Malaysiakini bahawa Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS ) mengeluarkan notis berkenaan hari ini menyatakan akan merobohkan premis tersebut yang terletak di Jalan Sungai Buloh-Kuala Selangor pada 23 Julai ini.

Keadaan itu berlaku empat hari selepas beliau dan keluarganya menyerahkan memorandum kepada Pejabat Menteri Besar Selangor bagi merayu campur tangan Azmin.

“Kami mengundi untuk (kerajaan Selangor) tetapi mereka tidak bantu kita. Bagaimana kami mahu makan?” tanya pencari nafkah tunggal untuk keluarganya.

Kedai Jaye Sury itu menjadi satu-satunya sumber pendapatan buatnya keluarganya seramai empat orang selepas suaminya yang sebelum ini bekerja sebagai pengendali kren mengalami serangan angin ahmar pada 25 Jun yang lalu.

Jaye Sury telah menjalankan perniagaan di premis tersebut sejak tahun 1999 dengan memegang lesen perniagaan dari MDKS dan permit untuk menduduki bangunan tersebut.

Bagaimanapun, beliau menerima notis daripada MDKS dua bulan lalu yang menyatakannya sebagai menceroboh tanah rizab perparitan dan perlu mengosongkan atau berdepan tindakan pengusiran.

Perkara ini turut mendapat perhatian daripada Setiausaha Agung PSM, A Sivarajan yang pada awal minggu ini berkata, kerajaan negeri telah salah faham mengenai rayuan Jaye Sury yang hanya meminta penangguhan perobohan premisnya.

About tok anjang

Check Also

Sembang Kencang Pasal Demokrasi Tapi Parti DAP Sendiri Tak Berani Nak Amalkan

Baru-baru ini tiga anggota DAP menghantar memorandum kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mendesak parti DAP …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *