Home / Sukan / Lagi baik pemain kampung, veteran bidas pemain JDT

Lagi baik pemain kampung, veteran bidas pemain JDT

Bekas bintang bolasepak kebangsaan, Khalid Ali membidas tindakan beberapa pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) meninggalkan skuad kebangsaan sebagai perbuatan tidak patriotik.

Khalid yang pernah terlibat dengan pasukan Malaysia ke Sukan Olimpik di Moscow pada 1980 itu menyifatkan empat pemain JDT itu langsung tidak mempunyai semangat patriotisme dan menambah mereka lebih teruk daripada “pemain kampung”.

“Tidak ada semangat langsung. Pemain kampung lebih baik daripada mereka. Saya langsung tak hormati mereka.

“Jangan sebut nama mereka depan saya. Pada saya mereka telah dikuburkan. Saya langsung tidak menghormati. Jika saya jumpa mereka, saya tidak akan pandang mereka,” katanya kecewa dengan tindakan empat pemain JDT yang mengumumkan persaraan daripada skuad kebangsaan.

Pemain JDT Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Radzak, S Kunanlan dan Mohd Amirulhadi Zainal mengumumkan persaraan mereka daripada skuad kebangsaan dengan alasan mahu memberi peluang kepada pemain muda.

Persaraan mereka dikatakan berkait dengan kritikan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), baru-baru ini.

Tunku Mahkota Johor itu turut mendakwa FAM gagal memelihara kebajikan pemain.

“FAM lakukan apa yang biasa mereka lakukan iaitu mengabaikan mereka. Sama seperti bagaimana mereka mengabaikan kelab dan penyokong bola sepak di seluruh negara selama 30 tahun,” katanya.

Khalid turut meminta agar FAM menyenarai hitamkan mana-mana pemain yang ingin bersara daripada skuad kebangsaan selepas ini.

Katanya, sekiranya FAM mengambil kembali pemain yang bersara itu, dia akan menjadi orang yang pertama menentang badan bola sepak Malaysia itu.

“Saya katakan kepada FAM kalau FAM ambil pemain yang bersara sekarang ini, saya kata saya akan mengutuk FAM sedalam-dalamnya. Lupakan mereka semua ini. Jangan kita pandang lagi pemain-pemain yang telah bersara. Kita senarai hitamkan mereka.

“Biar mereka bersendirian. Itu cara paling baik nak ajar orang yang nak membunuh bola sepak dalam negara kita,” katanya kepada FMT.

Bekas pemain Selangor itu turut menyarankan agar pemain JDT yang ingin bersara meneruskan niat mereka secara besar-besaran dan menasihatkan agar pemain kebangsaan yang dipilih nanti bekerja keras dan buat yang terbaik.

“Saya nasihatkan pemain JDT yang nak bersara sekarang ini buat besar-besaran sekarang. Pemain yang ambil alih bekerja keras. Ini satu pengorbanan pada negara. Kami dibelakang masih menyokong,” katanya.

About tok anjang

Check Also

Sambut atlet paralimpik jangan hangat tahi ayam

Walaupun sekadar mendapat 30% elaun berbanding atlet Olimpik normal, atlet paralimpik negara tidak hanya memberi …

One comment

  1. Erkkkk..bkn masa kalah 10-0 aritu khalid ali ni jgk ke yg suruh bubarkan team dan crk player baru…rasanya yg nk bersara ni ada dlm team yg kalah 10-0 tu..ni dh ckp lain pulak…camne ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *