Home / Politik / Pakatan Harapan / Tanpa Tun M Pembangkang Rapuh, Dengan Tun M Pembangkang Runtuh

Tanpa Tun M Pembangkang Rapuh, Dengan Tun M Pembangkang Runtuh

Berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Mei lalu, kedudukan Pakatan Harapan jelas tidak memberangsangkan ditambah lagi pasca pilihan raya menyaksikan sebuah lagi blok pembangkang dari Borneo (Gabungan Rakyat Saksama) ditubuhkan ekoran gabungan DAP, PAN dan PKR tidak boleh mencabar kedudukan Barisan Nasional (BN).

DAP dan PKR bertelagah merebut enam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) manakalan PAN gagal disemua kerusi ditandinginya.

PAS pula bertindak sebagai blok pembangkang kedua di Semenanjung memberi cabaran kepada pembahagian undi kepada pembangkang sepertimana yang ditunjukkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Lantaran prestasi rendah Pakatan Harapan pada PRN Sarawak serta dua PRK baru-baru ini, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengumumkan sebuah parti politik mesra Pakatan Harapan disertai kumpulan sama yang membentuk Deklarasi Mahathir – Lim Kit Siang.

Pakatan pembangkang sejak dari awal penubuhan Barisan Alternatif (BA), kepada Pakatan Rakyat (PR) terputus ditengah jalan akibat tiada kesepakatan dan tidak mengejutkan sekiranya gabungan Mahathir-Pakatan Harapan ini akan menerima nasib sama.

Sebab utama gabungan ini tidak akan berkesan adalah kumpulan Anwarinas tidak mendokong perjuangan berkenaan sepertimana Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak menyokong gerakan Deklarasi Mahathir – Kit Siang.

Sungguhpun tidak pernah menamakan calon pilihannya, Dr Mahathir secara terbuka tidak mengiktiraf Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri, justeru menjauhkan lagi hubungan bekas Perdana Menteri itu dengan penyokong Anwarinas.

Ianya merupakan jerangkap samar kepada rakyat yang menyokong sebuah organisasi yang rapuh sebelum menjadi sebuah kerajaan sebenar.

Tambahan pula diusia lanjut, Dr Mahathir bakal berusia 93 tahun sekiranya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diadakan pada 2018 dan segala kemungkinan boleh terjadi kepada sebuah gabungan yang terlalu bergantung kepada seorang individu.

Persoalan yang timbul, apa terjadi sekiranya Dr Mahathir ‘tiada’?

Pakatan Lemah Selepas Kehadiran Tun

Sepertimana yang dijelaskan diatas, Pakatan Harapan semakin lemah selepas kehadiran Dr Mahathir dan BN semakin mengukuhkah kedudukannya pada ketiga-tiga pilihan raya (Sarawak, Kuala Kangsar dan Sungai Besar).

Kegagalan Pakatan Harapan menguruskan masalah dalaman parti antara punca pembangkang ditolak di Bumi Kenyalang merupakan bukti jelas bahawa pembangkang tidak layak untuk membentuk kerajaan.

“Saya kira isyarat paling kuat yang ingin diberikan kepada pengundi Sarawak terutamanya pengundi kawasan bandar terutamanya adalah pengundi Cina ialah meminta parti DAP ini menghentikan semua retorik politik

“Kembali kepada yang asas iaitu berdebat mengenai isu dasar untuk kepentingan rakyat sepertimana yang Barisan Nasional buat selama ini,” kata Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Dr Mahathir kini menjadikan platform politiknya untuk memperjuangkan agenda peribadinya dan membelakangi kepentingan rakyat menyebabkan pakatan terbarunya ini akan melemahkan lagi blok pembangkang yang akhirnya akan tersungkur.

Pembentukan pembangkang baru teraju Dr Mahathir kini tidak lain hanyalah berdasarkan dendam seorang lelaki kepada lelaki lain, atau lebih jelas; dendam Dr Mahathir kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dr Mahathir akan mencetuskan huru-hara sekiranya pakatan yang dibentuknya kini menjadi sebuah kerajaan.

Lebih menyedihkan, beliau yang membangunkan Malaysia selama 22 tahun sewaktu menjadi Perdana Menteri sebelum ini akan bertindak sebagai tangan yang memusnahkannya.

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *