Home / Politik / Pakatan Harapan / Hadi: Pakatan pembangkang baharu bahtera kelam kabut

Hadi: Pakatan pembangkang baharu bahtera kelam kabut

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pakatan pembangkang baharu yang akan diterajui bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai sebuah bahtera yang kelam kabut.

Justeru itu, PAS tidak akan terburu-buru untuk turut serta dengan pakatan baharu itu yang hanya berhasrat mahu menumbangkan kerajaan sedia ada.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu, PAS akan kekal dengan pendirian bekerjasama dengan mana-mana parti yang bersetuju dengan perjuangan partinya.

Bagaimanapun katanya, perkara itu akan diteliti apabila tiba masanya.

“PAS ada jawatankuasa pusat, jawatankuasa politik dan Majlis Syura Ulama yang akan meneliti dengan terperinci berhubung tindakan PAS sama ada mahu menyertai pakatan itu atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Rusila di Marang, hari ini.

Semalam, Dr Mahathir mengumumkan satu pakatan pembangkang yang melibatkan sebuah parti baharu, PKR, DAP dan Parti Amanah Negara akan ditubuhkan untuk menentang Barisan Nasional pada PRU14 akan datang.

Ditanya mengenai kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk parti itu kembali menjalin kerjasama dengan PKR dan DAP dalam memastikan kemenangan pada pilihan raya akan datang, Abdul Hadi menjelaskan PAS sentiasa berbaik dengan semua pihak termasuk kerajaan.

Beliau berkata PAS hanya akan bekerjasama dengan pihak yang mahukan perubahan ke arah yang lebih baik dan menyokong dasar serta perjuangan PAS dalam menegakkan syiar Islam di negara ini.

About tok anjang

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *