Home / Politik / PAS / Susah pinggirkan PAS yang ada penyokong sanggup panjat pokok

Susah pinggirkan PAS yang ada penyokong sanggup panjat pokok

Umno dan Barisan Nasional (BN) akan terus kekal berkuasa dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sekiranya Pakatan Harapan meminggirkan PAS, kata aktivis Datuk Dr Ahmad Farouk Musa.

Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) itu berkata demikian kerana hingga ke saat ini, PAS mempunyai penyokong komited dan tegar.

“Tidak ada mana-mana penyokong parti di Malaysia yang sanggup korbankan masa, wang dan tenaga untuk parti melainkan penyokong PAS.

“Mana ada orang akan panjat pokok kelapa untuk pasang bendera melainkan penyokong PAS dan mereka tidak lakukan itu demi wang,” katanya.

Dalam wawancara bersama FMT baru-baru ini, Farouk menjelaskan selagi pergelutan kerusi berlaku antara PH dan PAS, selagi itulah blok pembangkang tidak mampu menewaskan BN.

“Jika dilihat secara praktikal, tidak. Mustahil Amanah mampu membawa perubahan dalam PRU14.

“Bagi saya Umno akan terus kekal berkuasa dalam PRU14. Walaupun ia diadakan sekarang atau dua tahun lagi.

“Masa terlalu suntuk, dan selagi PAS berkecuali dan berlaku tiga penjuru, selagi itulah tidak akan ada kemenangan di pihak pembangkang,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, menyeru “gencatan serangan” dilakukan supaya fokus dialihkan kepada musuh sebenar iaitu BN.

Kenyataan itu disambut baik pemimpin tertinggi PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang bersedia menyediakan ruang perbincangan meja bulat buat semua parti-parti pembangkang yang komited kepada agenda perubahan termasuk PAS.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin dari Amanah dan DAP berhati-hati dengan kenyataan Tuan Ibrahim, sebaliknya mahu pendirian rasmi yang jelas yang turut melibatkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

About tok anjang

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *