Home / Politik / Pakatan Harapan / PAS dan Pakatan Harapan : baru nak berbaik dah nampak jalan mati?

PAS dan Pakatan Harapan : baru nak berbaik dah nampak jalan mati?

Pas mengakui sukar untuk mencari titik kompromi dalam kalangan parti-parti yang membentuk pakatan pembangkang.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tiada ubat mujarab yang dapat menyembuhkan luka di hati semua pihak dalam pakatan tersebut.

Menurut beliau, Pas sendiri tidak akan berkompromi dalam perkara yang menjadi dasar dan prinsip Islam yang tidak akan melampaui serta mencabul hak bukan Islam.

“Pas tegaskan bahawa kami tidak akan mengorbankan prinsip dan dasar Islam yang menjadi teras perjuangan Pas sejak ditubuhkan dan inilah pega­ngan semua kepemimpinan parti dari dahulu sehingga kini.

“Kalau prinsip dan dasar Islam yang dibawa Pas adalah titik perbezaan, langkah kompromi­nya ialah hormati perbezaan itu dan jangan dijadikan ia sebagai titik pertikaian selagi Pas memperjuangkan dasarnya dalam ruang demokrasi yang ada,” katanya dalam kenyataan melalui laman Facebook beliau hari ini.

Pas memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan DAP pada 11 Julai tahun lalu berikutan tindakan DAP yang melakukan provokasi berterusan, perbuatan parti itu yang melanggar semangat kerjasama pakatan pembangkang serta campur tangan dalam akidah, dasar dan matlamat Pas.

DAP, PAN dan PKR seterus­nya menubuhkan pakatan pembangkang baharu namun Pas enggan menyertai gabungan bekas-bekas sekutu serta parti serpihannya itu.

Tuan Ibrahim menambah, dalam setiap kerjasama politik, sejarah membuktikan bahawa Pas sebagai parti lama selalu mengambil sikap berjiwa besar mengorbankan kerusi, berkongsi jentera serta memberikan bantuan kewangan kepada rakan-rakan parti.

“Apakah ini tidak cukup sebagai rakan parti?” katanya.

Beliau memberitahu, kemelut dalam pakatan pembangkang juga tidak kurang hebat di mana ahli parti menyerang kepemimpinan sendiri manakala satu parti menyerang parti lain.

“Rakyat teramai keliru dan ada yang ketawa sendirian dan ada yang menggeleng kepala melihat keadaan politik pembangkang hari ini,” jelasnya.

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *