Home / Politik / Pakatan Harapan / Tidak kepada Muhyiddin,kami setia dengan Kak Wan

Tidak kepada Muhyiddin,kami setia dengan Kak Wan

Cadangan meletakkan Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketua pembangkang baru menggantikan Datuk Seri Wan Azizah Ismail tidak mendapat persetujuan pemimpin pakatan pembangkang.

Setiausaha Penganjur DAP Anthony Loke berkata, DAP mahu Azizah kekal meneraju pembangkang.

“DAP mempunyai keyakinan penuh terhadap Wan Azizah untuk terus menerajui pembangkang,” kata Loke.

Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan pagi tadi.

Turut mengulas perkara sama, Timbalan Presiden PAS Salahuddin Ayub yang mempelawa pemimpin UMNO yang disingkirka itu menyertai mana-mana parti dalam kalangan blok pembangkang itu.

“Pintu akan sentiasa terbuka untuk mereka,” katanya.

Pelawaan Salahuddin itu juga terbuka kepada Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dipecat dari UMNO dan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal yang bertindak keluar dari parti selepas digantung keahliannya.

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *