Home / Politik / Pakatan Harapan / Kepimpinan ulama PAS kurang integriti berbanding kepimpinan PAN

Kepimpinan ulama PAS kurang integriti berbanding kepimpinan PAN

Parti Amanah Negara (PAN) menegaskan bahawa kemimpinan ulama yang diperkenalkan oleh PAS kurang berintegriti berbanding kepimpinan bertaqwa yang ditonjolkan PAN.

Naib Ketua Pemuda PAN, Mohd. Fakhrul Razi Mohd. Mokhtar berkata, kepimpinan bertaqwa PAN memiliki ciri yang bukan sekadar tahu dan faham tetapi melaksanakan tuntutan Allah S.W.T.

Jelasnya, kepimpinan ulama pula sekadar tahu bercakap tetapi tidak berbuat sesuatu serta tidak tahu untuk menyesuaikan suruhan Allah S.W.T dengan kerangka masyarakat pelbagai agama di Malaysia.

“Sistem nilai sosio-budaya masyarakat di Malaysia tentunya berlainan dengan cara hidup mereka di Tanah Arab,” katanya menyindir kepimpinan ulama PAS baru-baru ini.

Mohd. Fakhrurazi turut mendakwa kejatuhan kerajaan Islam zaman dahulu disebabkan oleh golongan-golongan agamawan yang berkepentingan seperti para ulama PAS.

PAN ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang bertindak keluar parti selepas tewas dalam pemilihan parti itu pada Jun tahun lalu.

Mereka ditolak oleh para perwakilan PAS kerana dilihat terlalu taksub kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berusaha mengetengahkan fahaman liberal yang bakal menjejaskan agama Islam di negara ini.

PAN seterusnya menyertai Pakatan Harapan yang diketuai DAP bagi menggantikan PAS yang telah disingkirkan daripada gabungan parti pembangkang.

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *