Home / Politik / Pakatan Harapan / Bukan 9 tapi hanya 7 kereta “biasa-biasa” milik Ketua Wanita PKR

Bukan 9 tapi hanya 7 kereta “biasa-biasa” milik Ketua Wanita PKR

Selepas beberapa hari berlalu, Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraidah Kamaruddin akhirnya mengaku beliau memiliki sebanyak tujuh buah kereta pelbagai jenama yang didaftarkan dibawah namanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang bagaimanapun mendakwa kononnya kesemua kereta berkenaan adalah untuk kegunaan ahli keluarganya dan parti PKR.

Sehubungan itu, Zuraidah memberi amaran sedang mendapatkan nasihat peguam kerana mendakwa kononnya pendedahan yang dibuat oleh seorang bekas pemimpin PKR tersebut bermotifkan politik.

“Walaupun tujuh kereta dan sebuah motosikal didaftarkan dibawah nama saya, bukan saya seorang ‘beneficial owner’.

“Hanya satu kereta digunakan oleh saya manakala tiga lagi digunakan oleh ahli keluarga yang turut membantu menjelaskan (wang) pembelian dan hutang pinjaman,” dakwanya dalam satu kenyataan media semalam.

Zuraidah seterusnya mendakwa, baki tiga kereta miliknya itu digunakan untuk kegunaan parti sambil mendakwa kesemua kereta terbabit bukan kereta mewah sebaliknya kereta buatan Jepun.

“Ini bukan kenderaan mewah. Kebanyakannya model Jepun termasuk sebuah van dan trak pikap,” dakwanya lagi.

Sebelum ini, bekas pemimpin PKR, Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegubard mempersoalkan pemilikan kenderaan dalam jumlah agak luar biasa Ahli Parlimen Ampang itu.

Justeru beliau menggesa Zuraidah tampil membuat penjelasan namun Ketua Wanita PKR itu cuma mendiamkan diri selepas beberapa hari pendedahan berkenaan dibuat.

Chegubard kini memimpin pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang sebelum ini sebuah pergerakan bersifat propembangkang.

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *