Home / Politik / Pakatan Harapan / Nga Kor Ming makin melalut dan makin terdesak!

Nga Kor Ming makin melalut dan makin terdesak!

Memang sudah boleh dijangkakan tindakan yang tipikal diberikan oleh Pengerusi DAP Perak bila isu dah menjadi semakin hangat diperkatakan, maka dia aakan menjaja alasan yang bertaraf longkang.

Ternyata Pengerusi DAP Perak ni mengharapkan rakyat dapat menerima alasan yang diberikan. Dia ingat rakyat di Malaysia ni sebodoh cyber trooper RBA yang jaga page dia?

Jika sebelum ini,Nga Kor Meng tu menafikan dakwaan kononnya dia telah menyebarkan karikatur menghina amalan budaya orang Melayu di Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Penghinaan yang dilontarkan oleh Pengerusi DAP Perak itu jelas telah membangkitkan kemarahan pelbagai pihak secara terbuka, terutama dikalangan masyarakat Melayu di Malaysia.Ratusan komen menghentam oleh netizen kelihatan pada page itu yang mengkritik kebodohan YB Taiping tersebut.

Dek kerana pelbagai kecaman dan kritikan diberikan oleh masyarakat, Pengerusi DAP Perak itu tampil membuat dakwaan kononnya karikatur itu sengaja disebarkan oleh Cybertrooper UMNO.

Padahal, poster karikatur itu sebelum ini telah disiarkan melalui laman Fanpage milik Nga Kor Meng itu sendiri yang kemudiannya turut dikongsi ke laman Facebook peribadi miliknya.

Menyedari pembohongan yang dilakukan sebelum ini KANTOI, Pengerusi DAP Perak itu sekali lagi tampil membuat dakwaan KONONnya laman Fanpage dia telah digodam oleh oleh pihak tertentu.

Dan yang lebih menyedihkan ialah apabila Pengerusi DAP Perak ini menuduh penyokongnya sendiri yang melakukan perkara tersebut tanpa membuat sebarang rujukan kepada dirinya.
“Saya bukannya admin, para penyokong saya yang menguruskannya. Secara asas, mereka akan memuatnaikkan tanpa bertanya saya bagi melaksanakan reformasi politik”.

Begitu la mudahnya pemimpin DAP ni memperlekehkan mentaliti rakyat Malaysia dengan pembohongan sedemikian rupa. Itu juga merupakan satu penghinaan terhadap rakyat Malaysia.

Mungkin dengan laporan polis yang telah dibuat terhadap beliau, kini Nga Kor Ming menggelupur menyalahkan penyokong sendiri!

About tok anjang

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *