Home / Politik / Pakatan Harapan / Fitnah dan dakwaan palsu : Bilakah berakhir kemaruk spin?

Fitnah dan dakwaan palsu : Bilakah berakhir kemaruk spin?

Adakah politik viral ‘jolok sarang tebuan’ akan berakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 sekitar 2018 nanti?

Semua tidak pasti dan kita sendiri kurang pasti.

Sejak 2008 lagi, gaya politik sebegini menjadikan calon sesuatu kerusi Parlimen dan kerajaan pemerintah sendiri pening kepala sehinggakan nyaris hilang kuasa.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lembah Pantai dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hampir sahaja menang kerusi itu. Tetapi kerana dek permainan spin atau putar belit pembangkang, beliau tewas.

Lihatlah bagaimana lawannya, Nurul Izzah Anwar begitu licik memanipulasi keada­an dengan membuat kenyataan fitnah dan palsu berhubung pembelian tanah membabitkan Nong Chik dalam sidang akhbar di Bangunan Bakti, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur iaitu sehari sebelum PRU-13 pada 5 Mei.

Penerbitan kenyataan itu dalam portal propembangkang, Malaysiakini pada 4 Mei 2013 mengakibatkan reputasi dan maruah Nong Chik sebagai ahli politik, bekas menteri dan senator terjejas teruk.

Setahun tiga bulan kemudian, Nurul Izzah mengemukakan kenyataan maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Ogos 2014 dengan menyuarakan kekesalan mengeluarkan kenyataan itu dan berjanji untuk tidak akan mengulanginya.

Tetapi malangnya pada hari berkenaan, imej Raja Nong Chik sudah tercemar. Putar belit dan fitnah oleh Nurul Izzah itu ‘melekat’ bagaikan gam dalam fikiran. Akhirnya dikatakan peti-peti undi Taman Seri Sentosa dan Taman Bukit Angkasa tidak memihak kepada Raja Nong Chik. Damage has been done.

Kita rakyat Malaysia amat sedih andai gaya politik sebegini masih melingkari minda pemimpin pembangkang.

Ia ibarat ‘menjolok sarang tebuan’ yang sarang itu adalah fikiran pengundi dan tebuannya pula adalah hasil tindak balas pengundi terhadap fitnah, spin dan tohmahan yang barangkali menyebabkannya terpengaruh.

Si Rafizi Ramli iaitu Setiausaha Agung PKR telah mencubanya dengan menjaja isu ‘cincin’ sebelum PRU-13 hanya untuk menimbulkan kebencian rakyat. Setelah diheret ke mahkamah, barulah dia bersuara mengatakan isu cincin isteri pemimpin kerajaan itu hanya lawak jenakanya.

Setelah 13 tahun Iraq diserang, barulah semalam inkuiri awam Britain mendapati Perdana Menterinya waktu itu melanggar undang-undang antarabangsa kerana menyerang negara Teluk tersebut.

Fakta ini mirip siasatan satu suruhanjaya bebas di The Hague, Belanda pada 2010 yang gagal mengesan senjata pemusnah di Iraq – punca negara itu di­serang Barat dengan presidennya, Saddam Hussein kononnya menjadi ancaman dunia.

Malangnya, nasi sudah jadi bubur. Sepanjang perang dan penaklukan enam tahun akibat spin barat ini, 150,000 rakyat Iraq terkorban dan negara itu bergolak, dibom sana sini sehinggalah sekarang.

Zulkifli Jalil
Utusan

About tok anjang

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *