Home / Politik / Pakatan Harapan / Selepas derma, anjur makan malam pula untuk selamatkan Lim Guan Eng

Selepas derma, anjur makan malam pula untuk selamatkan Lim Guan Eng

Kes penyalahgunaan kuasa yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, cukup menarik perhatian ramai rakyat Malaysia. Manakan tidak, dengan jaminan RM 1 juta yang dikenakan keatasnya dan dibayar penuh oleh penjaminnya, Guan Eng dilihat terus memainkan wayangnya dengan mendakwa segala pertuduhan keatas dirinya adalh akibat permainan politik, bukan sebab dirinya sendiri.

Memetik tentang derma yang dilancarkan untuk membebaskan Guan Eng, ada sesuatu yang cukup menarik untuk diperkatakan. Kenapa harus mengheret sama rakyat hanya untuk membebaskan Guan Eng buat sementara? lebih menarik, hanya 21 jam diperlukan untuk Guan Eng dan pasukan pemungut dermanya untuk mengumpul lebih RM 1 juta, jauh lebih cepat daripada apa yang dijangkakan.

Terbaharu, DAP bakal menganjurkan Majlis Makan Malam DAP Selangor untuk menyuarakan sokongan, simpati dan solidariti mereka bersama Guan Eng. Majlis makan malam berkenaan bakal dihadiri oleh Lim Kit Siang, Datuk Seri Azmin Ali, Mat Sabu, Hannah Yeoh, Tony Pua, Gobind Singh dan Guan Eng sendiri.

Menariknya, untuk menghadiri majlis ini, DAP Selangor bakal meletakkan harga bagi setiap meja yang disediakan. Terdapat tiga kategori meja pada majlis berkenaan iaitu Meja Platinum yang berharga RM 3,000, meja emas yang berharga RM 1,500 dan meja perak atau biasa yang berharga RM 750 semeja. Ini bermakna, hanya mereka yang berbayar sahaja dibenarkan hadir di majlis itu nanti.

Seperti biasa, majlis yang bakal diadakan di IDCC Convention Center, Shah Alam ini pastinya diadakan bagi memberi peluang buat Guan Eng menyampaikan ucapan mempertahankan dirinya yang dikatakan menjadi mangsa politik. Malah, tidak mustahil, kesemua panel yang bakal berucap nanti bakal menghentam kerajaan kononnya, pendakwaan yang dikenakan keatas Guan Eng adalah kerana politik, bukan kesilapan diri sendiri.

Dikatakan juga, harga “sponsorship” bagi setiap meja yang disediakan juga bakal digunakan untuk membela Guan Eng di mahkamah. Ini jelas menampakkan, mereka sekali lagi menarik rakyat dan para pentaksub tegar DAP mendermakan wang mereka untuk melepaskan tertuduh penyalahgunaan kuasa.

Nampaknya, DAP dan Guan Eng masih tidak dapat menerima hakikat bahawa setiap salah laku, tanpa mengira sesiapa, pastinya akan mendapat pendakwaan dan hukuman yang setimpal. Atau mungkin, Guan Eng cuba “membeli masa” yang ada untuk menyebarkan dakyah kononnya dia tidak bersalah dan semua ini hanyalah mainan politik kotor BN, alasan yang sama digunakan setiap kali semua pemimpin pembangkang ditahan atas kesalahan masing-masing.

Benar, sesiapa yang ingin menyertai majlis mereka, harus meletakkan sumbangan mereka untuk duduk di meja yang disediakan. Cuma, apa yang merisaukan, majlis berkenaan digunakan untuk merancang satu lagi projek “hitam” mereka dalam usaha melemah dan memporak perandakan kerajaan. Mana mungkin DAP dapat mendiamkan diri apabila putera kesayangan mereka kini berhadapan dengan hukuman penjara andai didapati bersalah.

Ini yang cuba dielakkan oleh DAP mahupun Lim Kit Siang. Dengan penganjuran majlis seumpama ini, mereka seolah-olah mengatasi mahkamah apabila pastinya meletakkan Guan Eng sebagai mangsa penginayaan dan Guan Eng langsung tidak bersalah dengan semua pertuduhan yang dikenakan keatasnya.

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *