Home / Politik / Barisan Nasional / Perikatan pembangkang baharu memanfaatkan BN

Perikatan pembangkang baharu memanfaatkan BN

Barisan Nasional akan menerima manfaat daripada pembentukan sebuah pakatan pembangkang baharu, kata penganalisis politik.

Mengulas laporan media, penganalisis politik di Universiti Malaya Prof Awang Azman akui penggabungan parti-parti pembangkang Sabah dan Sarawak merupakan langkah yang wajar.

“Bagaimanapun, mereka tidak akan mampu pecahkan hegemoni BN di Sabah dan Sarawak, kecuali bergabung tenaga dengan DAP dan PKR,” katanya kepada FMT.

Katanya, gabungan tujuh parti itu, iaitu Parti Reformasi Negeri (Star); Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (Sapu); Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Baru); Parti Bersatu Sasa Malaysia (Bersama); Parti Kebangsaan Sabah (PKS); Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan Parti Alternatif Rakyat (PAP), terdiri daripada parti-parti yang sangat kecil.

Lantas, gabungan itu tidak akan mampu memberi saingan sengit walaupun mereka berjaya merekrut seorang pemimpin Malaysia Timur yang kuat, seperti bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal.

Bagaimanapun, Saksama boleh memecahkan undi Pakatan Harapan, dan sebarang perpecahan undi akan hanya beri manfaat kepada BN. Awang berkata PH sewajarnya memulakan perbincangan dengan Saksama bagi mengelakkan pertandingan pelbagai penjuru dalam pilihan raya umum.

Sementara itu, penganalisis politik Universiti Malaysia Sarawak Prof Madya Jeniri Amir tidak yakini Saksama akan memberi impak yang besar.

“Sebelum ini sudah ada perikatan-perikatan yang sama, tetapi di Sabah dan Sarawak, pengundi akan tetap percayakan BN berbanding perikatan-perikatan kecil ini.”

Lagipun, pembangkang masih perlu menjawab beberapa persoalan penting contohnya siapakah yang akan mengepalai perikatan itu dan wibawa individu berkenaan. Mereka juga perlu jelaskan bagaimana dan mengapa mereka alternatif kepada BN.

Beliau tidak percaya Saksama akan mengancam PH, tetapi tidak menolak kemungkinan mereka memecahkan undi pembangkang, yang akhirnya akan memanfaatkan BN.

Awal hari ini, media melaporkan Saksama akan dilancar tidak lama lagi, menurut Presiden Star Lina Soo.

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *