Home / Politik / Pakatan Harapan / Pemimpin Deklarasi Rakyat : PAS hanya tahu jaga tepi kain wanita

Pemimpin Deklarasi Rakyat : PAS hanya tahu jaga tepi kain wanita

Langkah kerajaan Kelantan mewajibkan pekerja wanita Islam di restoran makanan segera dan pasar malam memakai baju berlengan panjang menunjukkan pentadbiran PAS di negeri itu dalam keadaan terdesak.

Datuk Zaid Ibrahim berkata peraturan itu tidak adil memandangkan ada pekerja wanita yang terpaksa berlengan pendek.

“Mereka (kerajaan negeri) hanya tahu duduk atas kerusi dan keluarkan peraturan. Apa yang mereka tahu? Mereka lebih tertumpu kepada usaha memastikan wanita tutup semuanya.

“Dulu, isu ini tidak menjadi masalah,” katanya, mengulas langkah yang diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia Dan Sukan Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Fattah memberitahu News Straits Times pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan pengusaha pasar raya dan pemilik perniagaan di Kelantan yang rata-rata bersetuju dengan peraturan tersebut.

Katanya, peraturan yang akan berkuat kuasa tahun depan itu dapat menjamin kebersihan ketika mengendali bahan makanan di pasar malam, di samping menarik pelancong luar.

Zaid berkata rakyat Kelantan harus membantah peraturan yang hanya menyusahkan mereka.

“Sekiranya mereka mengundi Amanah, rakyat akan lebih dihormati.

“Apatah lagi, PAS merupakan parti terdesak tanpa apa-apa perancangan. Suka membuat peraturan. Mereka sanggup melakukan apa-apa supaya kekal relevan.”

Sambil menganggap Amanah lebih bersikap sederhana, Zaid berkata terpulang kepada rakyat Kelantan sekiranya mereka masih memilih PAS.

About tok anjang

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *