Home / Politik / Pakatan Harapan / Ikrar “wayang” seorang Menteri Besar : Apa jadi dengan janji tiada tol?

Ikrar “wayang” seorang Menteri Besar : Apa jadi dengan janji tiada tol?

Ikrar Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Mohamed Ali ditepis sebagai wayang oleh persatuan penduduk yang terkesan dengan pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

Penasihat Say No to Suke (SNTS) Mak Khuin Weng berkata sebarang jemputan untuk bertemu atau berbincang dengan penduduk yang terkesan perlu bererti rundingan masih terbuka.

“Tetapi, Azmin sudah pun buat kesimpulan, bermakna sebarang perbincangan yang dicadangkan hanya wayang.”

Beliau berkata demikian mengulas ikrar Azmin semalam bahawa kerajaan negeri bersedia bertemu dan akan menyalurkan maklumat dan penjelasan kepada semua pihak berhubung rancangan pembinaan SUKE secara telus.

Khuin Weng berkata interaksi dengan kerajaan negeri sebelum ini tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan.

“Elizabeth berjanji akan bertemu penduduk pada Februari tahun ini. Sekarang sudah Julai tapi tidak ada pertemuan pun.

“Zaidy juga berjanji menyediakan minit mesyuarat selepas bertemu penduduk pada 19 Januari lalu. Sudah enam bulan berlalu tapi tak ada minit diterima,” katanya, dan menambah permintaan untuk pertemuan sekali lagi seusai Tahun Baru Cina belum mendapat maklum balas.

Khuin Weng berkata Azmin ketika mengumumkan pembatalan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) berkata pihak konsesi perlu mendedahkan perjanjian konsesi semua projek lebuhraya kepada orang awam.

“Tetapi, SUKE, Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) dan Lebuhraya Damansara-Shah Alam diteruskan seperti yang dirancang tanpa perjanjian konsesi didedahkan kepada orang awam,” katanya.

Mac tahun lalu, Azmin tidak pedulikan bantahan penduduk yang membantah cadangan membatalkan warta hutan-hutan simpan bagi membuka laluan kepada pembinaan lebuhraya itu, katanya

Menurutnya lagi, penduduk hanya mengetahui perkara itu melalui iklan di akhbar-akhbar.

“Lebih 10,000 bantahan diserahkan dan tiada pendengaran dibuat berkenaan pembatalan warga hutan-hutan, tetapi projek tetap diteruskan menurut Azmin.

“Jadi nak penduduk jawab Azmin bagaimana sedang kerajaannya gagal mengotakan janji dan menguatkuasakan undang-undang?” soalnya.

Projek SUKE sepanjang 24.4 km bermula dari Sri Petaling, melalui Sungai Besi, Alam Damai, Cheras-Kajang, Taman Bukit Permai, Taman Putra, Taman Permai Jaya, Taman Dagang Permai, Taman Kosas, Ampang dan Taman Hillview sebelum tamat di Hulu Kelang.

About tok anjang

Check Also

Sembang Kencang Pasal Demokrasi Tapi Parti DAP Sendiri Tak Berani Nak Amalkan

Baru-baru ini tiga anggota DAP menghantar memorandum kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mendesak parti DAP …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *