Home / Politik / Pakatan Harapan / Guan Eng menggelabah tarik balik semua kiasan ‘anjing’

Guan Eng menggelabah tarik balik semua kiasan ‘anjing’

Panas punggung agaknya apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menarik balik semua rujukan kepada sebuah kiasan Inggeris yang beliau gunakan pada majlis pelancaran awal bangunan pejabat baharu Institut Pulau Pinang pada 28 Jun lepas.

Guan Eng dalam ucapannya, telah menggunakan istilah ‘bitting the hand that feeds you’ (Menggigit tangan yang menyuap) dan ‘barking’ (menyalak) yang menyinggung sesetengah pihak kerana istilah ‘menggigit’ dan ‘menyalak’ sering digunakan untuk merujuk kepada anjing.

Ucapan Guan Eng yang disiarkan semalam di mana dilaporkan bahawa ‘bite dan bark’ (menggigit dan menyalak) dilihat oleh sesetengah pihak sebagai menghina kumpulan penyelidik di institut itu.

“Oleh itu, saya akan menarik balik semua rujukan kepada kiasan Inggeris ‘menggigit tangan yang menyuap’ atau menyalak dan menggantikan dengan istilah tidak menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan negeri tetapi memberi hak kepada ahli-ahli untuk melahirkan pertentangan pendapat dan menyatakannya secara umum.

“Bagaimanapun, saya tidak ingin mahu memanjangkan kontroversi yang tidak perlu kerana saya sedar bahawa anjing dalam konteks Barat yang dianggap sebagai teman setia tidak terpakai konteks budaya Malaysia…

“Ia juga mempunyai implikasi budaya dan agama yang tidak wajar,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Guan Eng berkata intipati ucapan pada majlis pelancaran awal itu menekankan kepada amalan kebebasan di Pulau Pinang.

“Saya telah mengingatkan Institut Pulau Pinang bahawa walaupun kebebasan memberikan hak kepada mereka menyatakan pertentangan pendapat dengan kerajaan negeri biarpun secara umum namun sebagai pembiayai utama institut itu, kerajaan negeri mengharapkan kesetiaan,” katanya.

About tok anjang

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *