Home / Politik / Pakatan Harapan / ‘Protes senyap’ terhadap Lim Guan Eng makin besar di Pulau Pinang?

‘Protes senyap’ terhadap Lim Guan Eng makin besar di Pulau Pinang?

Pendakwaan dua kes rasuah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedikit sebanyak telah menggugat sokongan bukan sahaja daripada rakyat tetapi daripada ahli DAP itu sendiri.

Sebaik sahaja dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta, Guan Eng melalui kerajaan negeri yang diketuainya terus mengadakan “Sesi Penerangan Ketua Menteri Bersama Rakyat” di Dewan Sri Pinang, Georgetown, Pulau Pinang.

Walaupun dihadiri pimpinan utama Pakatan Harapan seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Pengerusi PAN, Mohamad Sabu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah dan beberapa pimpinan tinggi yang lain, kehadiran majils itu hanya sekitar 600 hingga 700 orang sahaja.

Jumlah ini sangat sedikit jika diambil kira dengan pemilihan lokasi program yang diadakan di kawasan pulau yang merupakan kubu kuat DAP di Pulau Pinang. Ini bermakna DAP sudah tidak yakin lagi sokongan rakyat terhadap mereka masih lagi seperti dahulu. Mereka memilih jalan selamat untuk menarik kehadiran yang tinggi untuk menunjukkan sokongan Guan Eng masih lagi mendapat sokongan rakyat.

Sama juga yang berlaku dalam program “Walk With Guan Eng” yang diadakan di Lebuh Pantai, Georgetown anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang yang dihadiri hanya sekitar 350 orang sahaja. Kumpulan ‘anti-Lim Guan Eng’ seperti ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu masih memboikot dan menolak sebarang gerakkan solidariti ini.
Selepas Guan Eng didakwa atas pertuduhan rasuah, penolakkan terhadap Guan Eng semakin ketara. Ahli-ahli DAP mula meragui beberapa tindakan Guan Eng yang meragukan dan tidak seiring dengan polisi DAP yang diamalkan selama ini.

Menurut sumber, beberapa banner telah dinaikkan di beberapa kawasan yang mendesak Guan Eng bercuti dari memegang jawatan Ketua Menteri sehingga perbicaraan kes selesai.

Antara tulisan yang tertera di banner tersebut ‘Guan Eng Should Go On Leave’, ‘LGE a Corrupt Leader’, ‘Practise What You preach LGE’, dan ‘No Corrupt leader In DAP’ selain daripada banner-banner bertulisan Cina.

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *